Suatu hari Rasulullah saw pulang dari medan perang atau jihad fi sabillah. Rasulullah saw pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang Kota Madinah kelihatan Aisyah ra sudah menunggu dengan penuh rindu. Rasa rindu kepada Rasulullah saw sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah saw tiba di Kota Madinah, Aisyah ra dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tibanya Rasulullah saw di rumah dan berehat melepaskan lelah. Aisyah ra di dapur untuk membuat minuman buat suami tercinta. Lalu minuman itu diberikan kepada Rasulullah saw.
Rasulullah saw meminumnya dengan perlahan sehingga hampir menghabiskan minuman tersebut. Tidak seperti biasa bekas minuman itu separuhnya diberikan kepada Aisyah untuk dihabiskan sebagaimana layanan romantik Rasulullah saw kepada isterinya. Lalu Aisyah ra berkata :"Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tetapi kenapa hari ini tidak?
Akhirnya Rasulullah saw memberikan sebahagian air yang tinggal di dalam gelas itu. Aisyah ra meminum air itu dan dia terkejut dan terus memuntahkan air itu. Ini kerana air itu terasa masin bukannya manis seperti biasa yang dibuatnya. Aisyah ra baru tersedar bahawa minuman yang dia buat itu dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah ra meminta maaf kepada Rasulullah saw.
Sumber : Islampos
Daripada ; http://mselim3.blogspot.my
Terima kasih membaca artikel Air Minuman Untuk Rasulullah Saw ini.
13 comments
Write commentsthanks sharing mselim.mngingatkan sy tentang seseorang pulak...hehe
ReplyMenarik kisah ni... Bijak Rasulullah melayan isterinya. ^^
ReplyMasha Allah :)
ReplySubhanallah..indahnya akhlakmu Ya Rasulullah..
ReplyBetapa penyabar dan tingginya akhlak baginda... Bayangkanlah kalau kita...
Replyindahnya peribadi rasulullah :-)
Replysangat indah budi pekerti Nabi Muhammad..tak macam kita kekadang nak marah pun ada jika isteri terbuat silap..walhal kita pun ada silap juga..
Replyterbaik infor ni
Assalamualaikum MSelim... subhanallah... Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah saw.
Replyklu saya xtahu lah..bertapa tinggi akhlak nabi kita
ReplyAssalamualaikum mSelim. Agaknya kalau sebahagian dari kita berlaku begitu, sepak terajang dah menyinggah tuju kepala isteri kan..
ReplyALLAH .. MULIANYA RASULULLAH S.A.W
ReplyMulianya baginda SAW, cuba klu suami2 skrg ni mau melenting siap lempar cawan tu kot....
ReplyAssalmualaikum tuan blog, salam perkenalan.... contoh suri taulan yang terbaik adalah rasulullah...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon