Berikut adalah nasihat Saidina Ali ra sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabiin ra:
1- Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang yang muda.
2- Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3- Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.
4- Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan miskin.
5- Jagailah ibu bapa kamu , nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.
6- Bakhil terhadap apa yang ada ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.
7- Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada wali warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang bakhil.
8- Seorang yang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.
9- Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10-Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11-Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12-Mengajar adalah belajar.
13-Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.
14-Insan terbahagi kepada 3:
- Mereka yang mengenal Allah
- Mereka yang mencari kebenaran
- Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran
- Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan mengikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
16-Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17-Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.
18-Harga diri seorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19-Manusia sebenarnya tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20-Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
21-Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampau batas.
22-Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.
23-Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta
24-Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
25-Barangsiapa yang mencari yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26-Mereka yang mendengar orang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27-Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28-Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29-Orang yang dengki marah kepada orang yang tidak berdosa.
30-Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap kepada manusia adalah suatu kehambaan.
31-Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32-Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.
33-Taat kepada perempuan selain ibu adalah kejahilan yang paling besar.
34-Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.
35-Jika berharta , berniagalah dengan Allah dengan cara bersedekah.
36-Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.
37-Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
38-Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39-Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40-Jika kamu telah menguasai musuhmu maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
Daripada http://mselim3.blogspot.my
Kredit : Sumber
8 comments
Write commentsAllahu.terima kasih m.selim atas perkongsian ini..termotivasi PC.alhamdulillah.
Replypesanan ini akan diingati
ReplyAssalamualaikum MSelim3... In shaa Allah... nasihat yg akan dipegang sebaiknya. T kasih atas peringatan dan perkongsian ini.
ReplyAssalamualaikum.
ReplyYa! Nasihat yang wajar kita ikuti dan amalkan
Allahuakbar...cukup meninggalkan kesan nasihat daripada sahabat Nabi ini..Jom Selawat kat Nabi ;-)
ReplyAssalammualaikum mSelim. Semoga memberi manfaat buat semua..
Replysangat berhikmah moga ramai yang manfaatkannya...blog Ustaz mesalim terbaik..
ReplyAssalamu'alaikum Akhi Mohd Selim Zainal ...mohon diperkenan saya copy Nasihat Saidina Ali ra ...sangat bermanfaat...salam sejahtera selalu, semoga akhi mendapat pahala yang berlipat ganda dan selalu dalam perlindungan-NYA....Amin.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon