Telah diriwayatkan dari Siti Aisyah ra, "Bahawa ketika aku sedang menjahit baju ketika sahur (sebelum subuh) tiba-tiba terjatuh pegangan jarum daripada tanganku kebetulan ketika itu lampu telah terpadam. Lalu Rasulullah saw masuk barulah ketika itu aku dapat mengutip jarum yang terjatuh itu kerana cahaya di wajah Rasulullah saw.
Lalu aku berkata :"Ya Rasulullah saw alangkah bercahaya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya lagi,"Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari akhirat?"
Jawab Rasulullah saw :"Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi, "Siapakah orang yang bakhil itu? "
Jawab Rasulullah saw:"Orang yang ketika disebut namaku didepannya dia tidak mengucap selawat keatasku."
Berkata Al-Barra ra bahawa Nabi Muhammad saw bersabda :"Segala doa itu akan terdinding (terhalang dimakbulkan) dari langit sehingga orang berdoa itu mengucapkan selawat keatas junjungan Rasulullah saw dan keluarga Rasulullah saw.
Kredit : Sumber
Terima kasih kerana membaca artikel Cahaya Di Wajah Rasulullah Saw ini .
Daripada http://mselim3.blogspot.my
6 comments
Write commentsPerkongsian yang berguna. Marilah kita berselawat kepada Rasulullah SAW.
Replysama2 berselawat ke atas Rasulullah SAW..
ReplyTERIMA KASIH SHARE ABG SELIM
Replyya terbaik untuk selawat untuk Rasulullah SAW,,
ReplyJumpa lagi dan salam singah dari penulis blog Hero Borneo
Semoga kita tidak tergolong dalam org yang bakhil..marilah berselawat! :)
ReplySubahanallah..marilah kita zikir dan selawat ke atas nabi..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon