Cahaya Di Wajah Rasulullah Saw

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
berselawatlah

Telah diriwayatkan dari Siti Aisyah ra, "Bahawa ketika aku sedang menjahit baju ketika sahur (sebelum subuh) tiba-tiba terjatuh pegangan jarum daripada tanganku kebetulan ketika itu lampu telah terpadam. Lalu Rasulullah saw masuk barulah ketika itu aku dapat mengutip jarum yang terjatuh itu kerana cahaya di wajah Rasulullah saw.


Lalu aku berkata :"Ya Rasulullah saw alangkah bercahaya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya lagi,"Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari akhirat?"

Jawab Rasulullah saw :"Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi, "Siapakah orang yang bakhil itu? "

Jawab Rasulullah saw:"Orang yang ketika disebut namaku didepannya dia tidak mengucap selawat keatasku."

Berkata Al-Barra ra bahawa Nabi Muhammad saw bersabda :"Segala doa itu akan terdinding (terhalang dimakbulkan) dari langit sehingga orang berdoa itu mengucapkan selawat keatas junjungan Rasulullah saw dan keluarga Rasulullah saw.

Kredit : Sumber

Terima kasih kerana membaca artikel  Cahaya Di Wajah Rasulullah Saw ini .

Daripada http://mselim3.blogspot.my
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
September 15, 2015 at 1:05 PM delete

Perkongsian yang berguna. Marilah kita berselawat kepada Rasulullah SAW.

Reply
avatar
jie susanos
AUTHOR
September 16, 2015 at 12:31 AM delete

sama2 berselawat ke atas Rasulullah SAW..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 16, 2015 at 10:13 AM delete

TERIMA KASIH SHARE ABG SELIM

Reply
avatar
mrhanafi
AUTHOR
September 17, 2015 at 6:44 AM delete

ya terbaik untuk selawat untuk Rasulullah SAW,,

Jumpa lagi dan salam singah dari penulis blog Hero Borneo

Reply
avatar
September 17, 2015 at 11:09 AM delete

Semoga kita tidak tergolong dalam org yang bakhil..marilah berselawat! :)

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
November 15, 2015 at 3:56 PM delete

Subahanallah..marilah kita zikir dan selawat ke atas nabi..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon