Sempena Hari Ibu : Kisah Juraij Dengan Ibunya

kisahjuraij

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Sempena Hari Ibu : Kisah Juraij Dengan Ibunya- Sempena hari ini ibu ini, sebagaimana kita ketahui kisah juraij ini adalah termasuk diantara empat bayi yang boleh berkata-kata. Kisah seorang pemuda yang bernama juraij. 

Juraij adalah seorang pemuda Bani Israil yang rajin beribadat. Seluruh masanya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah SWT. Juraij telah membina sebuah pondok kecil yang terletak jauh di atas bukit. Pada suatu hari, ibunya Juraij telam memanggil juraij. "Juraij.. Juraij.. " Sedangkan ketika itu, Juraij sedang solat di dalam hati berkata :"Ya Allah Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solat sunatku". Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya. 

Kerana sikap Juraij ini menyebabkan ibunya berasa hati. Kecil hati atau kecewa. Pada keesokannya ibunya datang lagi ke tempat Juraij beribadah namun seperti hari semalam Juraij sedang solat. Hal ini telah menimbulkan rasa yang sangat kecewa dihati ibu Juraij kerana panggilannya tidak dijawab Juraij. Masuk hari ketiga, Juraij masih mengutamakan solatnya daripada menyahut seruan seorang ibu yang amat merinduinya. Terlalu kecewa dengan sikap Juraij lalu ibunya berdoa :"Ya Allah, janganlah engkau matikan Juraij sebelum engkau datangkan fitnah kepadanya." 


Seperti mana yang telah kita ketahui doa ibu termasuk dikalangan golongan orang yang mustajab atau makbul doanya. Doa ibu Juraij dimakbulkan Allah SWT. Seorang wanita jahat yang sebelum ini telah berjaya menggoda ramai lelaki membulatkan tekad untuk menggoda Juraij. Dengan angkuh wanita itu telah berkata :"Aku tidak akan balik ke sini selagi aku tidak dapat menggoda Juraij." 

Wanita itu pergi ke tempat Juraij beribadat dan cuba menggoda Juraij dengan menanggalkan sehelai demi sehelai pakaiannya namun tindakan wanita jahat itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepada Juraij. Malah Juraij dengan penuh khusyuk tetap meneruskan solatnya sehingga wanita jahat itu beredar. 

Namun, wanita itu malu untuk balik ke rumahnya. Tidak jauh daripada tempat ibadat Juraij itu ada sebuah pondok kecil kepunyaan pengembala kambing. Apabila bermalam di pondok pengembala itu wanita tersebut telah bersekedudukan dengan penggembala kambing itu lalu hamil sehingga melahirkan anak. 

Sambil mengendong anak itu, wanita itu tampil di khalayak ramai dan mendakwa bahawa anak itu adalah hasil perkongsiannya dengan Juraij. Mendengar kata-kata wanita itu, maka orang ramai menjadi marah lalu bertindak menyerang Juraij dan menghancurkan tempat ibadat Juraij. 
Juraij merasa hairan lantas berkata:"Ada apakah ini?" Mereka menjawab:"Engkau telah berzina dengan wanita ini sehingga melahirkan anak.

Sebelum dijatuhi hukuman, Juraij telah meminta kebenaran ambil wuduk dan solat dua rakaat terlebih dahulu. Setelah selesai solat, Juraij mendekati bayi itu lalu menekan perutnya dan berkata:"Wahai bayi , siapakah ayahmu? Lalu bayi itu menjawab:"Ayahnya adalah seorang penggembala kambing

Kesemua yang berada disitu tercengang lalu mencium tangan Juraij memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata :"Biarlah kami bina semula tempat beribadat ini daripada bahan emas." Juraij berkata :"Tidak! binalah semula daripada tanah. Lalu mereka beramai-ramai membina daripada tanah. 

Daripada kisah ini, beberapa pengajaran dapat diambil iaitu:

1- Kita dilarang menyakiti hati ibu bapa apatah lagi menderhaka kepada mereka. 
2- Doa ibu adalah doa yang paling mustajab. 
3- Kita wajib melaksanakan setiap suruhan ibu bapa kita selagi mana ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT. 

Sahih : Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya - hadis no; 2550 ( Kitab al-Birr wa al-Shalah wa al-Adab, Bab mendahulukan kebaikan kepada ibubapa daripada solat sunat ) . 

Selamat Hari ibu..... hayatilah kisah Juraij ini .

Pls: Hari-Hari .... Hari Ibu.... Sekian. Wassalam... 
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
May 10, 2015 at 2:25 PM delete

kisah yg penuh pengajaran
utamakan ibu kita
doa yg baik2 sahaja..moga hidup kita dan org yg kita sayangi diredhai Allah SWT

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 10, 2015 at 3:05 PM delete

ASSALAMUALAIKUM. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. BERGENANG AIR MATA ADIK (JM ) MEMBACANYA...

Reply
avatar
May 10, 2015 at 4:30 PM delete

babi israil atau bani israil tu Mselim?


Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
May 10, 2015 at 11:04 PM delete

Terima kasih mamaniza atas teguran tu.. sorry tak perasan tadi. Ada kesalahan ejaan...

mselim3

pls: kesalahan ejaan dah mselim3 betulkan...

Reply
avatar
Dikbee
AUTHOR
May 11, 2015 at 11:44 AM delete

selamat hari ibu... hari2 mesti sayang ibu

Reply
avatar
Long Cham
AUTHOR
May 11, 2015 at 3:10 PM delete

Assalm abg selim...sihat ka lama x melawat blog abg nie..
dh makin byk info...
www.kucinghitam.net

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
May 11, 2015 at 6:36 PM delete

Assalaamualaikum mSelim. Alangkah mudah mendapat syurga, begitu juga sebaliknya kan mSelim..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 12, 2015 at 11:44 AM delete

Assalam MSelim3... perkongsian yg sgt baik utk pengetahuan dan renungan kita semua.. subhanallah..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
May 12, 2015 at 2:50 PM delete

Tiada kita didunia ini menjadi seorang manusia jika tanpa ibu...
Kisah teladan yg baik di hari ibu...

Reply
avatar
Rossa Calla
AUTHOR
May 13, 2015 at 1:20 PM delete

Selamat Hari Ibu...kisah yang penuh pengajaran

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 21, 2015 at 9:13 AM delete

Sedihnya, saya tak tahu sebelum ibu kembali kepada PenciptaNya adakah beliau sudah memaafkan semua kesilapan saya sebagai anak..Ya Allah !!!

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon