Maksud istidraj ialah suatu kelebihan atau keunggulan yang diberikan oleh Allah kepada para hambaNya yang bukan dari golongan orang-orang yang bertakwa dan soleh. Kelebihan ini sengaja diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang kafir dan membangkang terhadap islam agar mereka bertambah jauh dari Allah dan bertambah maksiat kepadaNya sampai pada waktu dan batas yang ditentukan. Pada umumnya, diakhiri dengan pengakhiran yang buruk bagi orang itu. Contohnya, Firaun. Kelebihan kekuasaan dan keunggulan kerajaan yang besar telah menyebabkan Firaun ujud pada diri dan lupa diri. Hal ini menyebabkan Firaun semakin bertambah derhaka kepada Allah SWT malah mendakwa dirinya sebagai Tuhan.
Istidraj ini ialah tindakan maksiat yang Allah SWT balas dengan nikmat sehingga membuatkan ia lupa dan lalai untuk beristighfar kepada Allah SWT sehingga dia semakin dekat dengan azab Allah sedikit demi sedikit selanjutnya Allah SWT memberikan hukuman kepadanya. Nauzubillah...
Istidraj ialah bentuk hukuman yang diberikan sedikit demi sedikit oleh Allah SWT kepada hamba yang tidak disegerakan azabnya.
Pemberian nikmat Allah kepada manusia atau hamba-hambaNya yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dengan segala kesenangan dan kemewahan itu adalah untuk bertujuan semata-mata untuk menghancurkannya. Oleh itu, ingatlah Allah SWT didalam senang maupun susah.
Rasulullah saw bersabda :"Apabila kamu melihat Allah SWT memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) ketahui bahawa orang itu telah 'diistidraj' Allah SWT.
(HR. Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
~ Surah Al-An'am :44)~
7 comments
Write commentssubhanallah.. semoga di jauhkan
ReplyFiraun seperti pemimpin² yang bongkak dan zalim memang tidak ambil tahu bab istidraj ni. Tu sebab sanggup songlap duit rakyat. Yg penting tembolok isteri dan mereka penuh...
Replyya, org yg lalai tu kne istidraj
Replyterima kasih atas perkongsian. baru faham maksud istidraj. moga kita tidak tergolong dalam kalangan itu.
Replynauzubillahminzalik . terima kasih atas perkongsian :)
Replyterima kasih atas perkongsiannya... jauhkan lah kita semua dari terjebak ke arah itu
ReplyMacammana dgn orang yg taat dan solat tetapi makan harta pesaka makin lama makin naik perniagaan bukan makin susah
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon