Peristiwa Di Gua Hira - Peristiwa Penurunan Wahyu Yang Pertama

peristiwaguahira

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Dari Imam Bukhari telah meriwayatkan, hadis daripada Aisyah ra menyatakan bagaimana Peristiwa di Gua Hira, peristiwa penurunan wahyu yang pertama. Daripada Aisyah ra meriwayatkan, bahawa sebelum penurunan wahyu yang pertama ini Rasulullah saw sering mengalami mimpi yang benar di dalam tidurnya. Pernah Rasulullah saw bermimpi di dalam mimpinya seperti cahaya subuh. Rasulullah saw pergi berkhalwat untuk menghindari keadaan kaumnya masa itu yang jauh dari mengingati Allah SWT dengan menyembah berhala, berzina, berjudi, minum arak dan membunuh anak perempuan. Rasulullah saw beribadah di dalam gua Hira untuk beberapa malam. Di sana Rasulullah saw beribadat dengan bermunajat dan berzikir mengikut ajaran Nabi Ibrahim as. Rasulullah pulang ke rumahnya setelah bekalannya kehabisan. Bekalan kebiasaan Rasulullah untuk beribadah ialah gandum dan air.  

Pada suatu hari, Malaikat Jibrail as datang menemui Rasulullah saw di Gua Hira. Peristiwa ini berlaku pada 17 ramadan, bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika itu, Rasulullah berumur 40 tahun. Malaikat Jibrail as datang dengan wahyu yang pertama. Lalu malaikat Jibrail as berseru :"Iqra (bacalah). Maka Rasulullah saw berkata:"Ma ana biqari (aku tidak tahu membaca). Lalu Rasulullah di peluk malaikat Jibrail as lalu dilepaskan. Setelah Rasulullah saw dipeluk malaikat Jibrail as sebanyak tiga kali barulah Rasulullah dapat membaca dengan fasih dan lancar. 


surahiqra
Untuk Dengar > Bacaan Surah Iqra 
Maksudnya : 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? 
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Setelah itu, pulanglah Rasulullah saw ke rumah dengan perasaan yang gerun, gementar menggigil-gigil kerana inilah kali pertama Rasulullah saw melihat rupa malaikat Jibrail as. Apabila Rasulullah saw sampai ke rumahnya lalu baginda disambut Saiditina Khadijah as. Rasulullah saw meminta agar Saidatina Khadijah untuk menyelimutkannya. Lalu disambut Saidatina Khadijah dan menyelimutkan Rasulullah saw dengan lemah lembut dan kasih sayang. 

Kemudian, Siti Khadijah bersama Rasulullah saw menemui Waraqah bin Naufal Ibnu Asab bin Abdul Uzza iaitu anak bapa saudara Siti Khadijah. Waraqah bin Naufal Ibnu Asab seorang yang beragama nasrani dan mahir menulis Kitab Injil. Beliau seorang yang telah lanjut usianya dan buta. Apabila Rasulullah saw menceritakan apa yang berlaku dan dilihatnya. Ketahuilah Waraqah bin Naufal Ibnu Asab bahawa itulah malaikat Jibrail as yang pernah diturunkan Allah SWT ke atas Nabi Musa as. 

Setelah itu, Waraqah bin Naufal berkata: "Tidak pernah datang seorang pembawa risalah (utusan) seperti kamu yang tidak dimusuhi. Sekiranya , masa itu terjadi aku akan menolongmu dengan sedaya upayaku". Namun, sayang tidak lama selepas itu Waraqah bin Naufal Ibnu Asab meninggal dunia dan wahyu berhenti sementara.

Para ulama telah berselisih pendapat tentang wahyu ini berhenti sementara ini ada yang menyatakan tiga tahun atau kurang daripada itu, tetapi menurut sepertimana yang diriwayatkan oleh Baihaqi ialah enam bulan. 

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
May 16, 2015 at 7:22 PM delete

Assalam MSelim3.. Wahyu pertama yg membuka lembaran Islam sebagai cahaya kebenaran. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah saw...

Reply
avatar
Farina
AUTHOR
June 19, 2015 at 12:04 PM delete

wahyu pertama menunjukkan betapa pentingnya ilmu. kerana ilmu kita akan dapat buat sesuatu perkara. tidak menerima sesuatu perkara secara membuta tuli. ilmu dapat membezakan antara hak dengan batil. cari la ilmu yg baik dan bermanfaat

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon