Kisah Ashabul Ukhdud

AshabulUkhdud

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kisah Ashabul Ukhdud ialah kisah yang bagus untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi islam zaman ini. Ini kerana kisah ashabul ukhdud ini mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah SWT dan mempertaruhkan nyawa demi agama. Kisah ashabul ukhdud ini termasuk diantara empat bayi yang boleh berkata-kata atau bercakap. Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini di dalam Surah Al-Buruj seperti mana yang telah diterangkan dengan jelas dalam Shuhaib bin Simaan Arrmmi meriwayatkan bahawa Rasulullah saw :


Di masa dahulu ada seorang raja Yahudi yang mempunyai seorang ahli sihir. Kemudian, apabila ahli sihir itu telah dimamah usia atau tua . Lalu dia berkata kepada raja :"Aku kini telah tua dan telah dekat dengan ajalku, kerana itu kirimkan aku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir." 

Maka raja pun berusaha mencari pemuda yang bakal mengantikan ahli sihir tua itu dengan ahli sihir yang muda.  Dipertengahan jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada seorang pendita atau ahli ibadah yang mengajarkan agama. Maka pemuada itu mempelajari kedua-dua ilmu iaitu ilmu sihir dan ilmu sihir. 

Apabila berjalan beberapa kemudian, tiba-tiba dipertengahan jalan ada seekor binatang buas sehingga orang ramai tidak berani jalan di tempat itu. Maka pemuda itu berkata:"Sekarang aku ingin mengetahui yang mana satu yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendita atau ajaran ahli sihir." Lalu pemuda itu mengambil sebiji batu dan berdoa :"Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisiMu maka bunuhlah bintang buas itu supaya orang ramai dapat lalu-lalang di tempat ini." Lalu dilemparkan batu itu, dan binatang buas itu pun terbunuh dan orang ramai dapat lalu lalang di jalan itu. 

Maka pemuda itu, memberitahu kejadian yang berlaku kepada pendita, maka berkatalah pendita: "Kini afdhat (pesan) daripadaku, apabila kamu diuji jangan menyebut namaku." Kemudian, pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan pelbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang. Ada seorang pembesar dalam majlis raja telah buta, ketika mendengar berita bahawa ada pemuda yang dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera berjumpa dengan pemuda itu. Pembesar itu membawa hadiah yang banyak sebagai ganjaran apabila matanya sembuh. 

Lalu dia berkata :"Sembuhkan aku dan aku sanggup memberikan kepadamu apa sahaja yang anda suka." 

Jawab pemuda itu :"Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang kecuali Allah sahaja yang mampu menyembuhkan. Jika engkau beriman (percaya) kepada Allah maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkanmu." 

Maka dia kemudiannya beriman kepada Allah dan ia pun didoakan oleh pemuda itu dan disembuhkan dengan izin Allah SWT.  Apabila pembesar kembali ke majlis raja kemudian beliau ditanya oleh raja :" Siapakah yang menyembuhkan matamu." 

Jawab pembesar :"Rabbi (Tuhanku)" 

Raja bertanya lagi :"Aku" 

Pembesar :"Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah." 

Ditanya Raja :"Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?" 

Jawab Pembesar :"Ya Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah SWT." 

Maka pembesar itu diseksa oleh raja dengan seberat-beratnya sehingga ia terpaksa memberitahu raja tentang pemuda yang telah mendoakannya untuk sembuh itu. Maka segera pemuda itu dipanggil lalu berkata :"Hai pemuda sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan pelbagai macam penyakit." 

Pemuda itu dengan berani menyatakan bahawa yang dapat menyembuhkan penyakit itu semua adalah Allah SWT jua. "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." Hal ini menyebabkan raja murka dan menyiksa pemuda itu sehingga dia terpaksa memberitahu tentang pendita yang mengajarkan tentang agama. Maka pendita dipanggil dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya tetapi pendita berkeras tidak mahu. Lalu gergaji diletakkan di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya. 

Kemudian, pemuda itu juga dipaksa untuk meninggalkan agama yang dianuti, tetapi pemuda itu menolak perintah raja. Maka raja memerintahkan supaua pergi ke puncak gunung dan diperintahkan untuk meninggalkan agama yang dianuti jika tidak akan dilempar dari atas gunung itu. Maka ketika telah sampai di atas gunung, kemudian pemuda itu berdoa :

doa-alghulam

"Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta" (Ya Allah selesaikan urusanku dengan mereka ini sekehendakMu). 

Tiba-tiba gunung gunung itu bergoncang dan mereka jatuh dari atas bukit dan mati. Maka segera pemuda itu menemui raja. Lalu pemuda itu diperintah untuk dibawa ke laut untuk dilemparkan ke dalam laut. Lalu pemuda itu berdoa lagi :
doa-alghulam

"Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta" (Ya Allah selesaikan urusanku dengan mereka ini sekehendakMu). 

Maka tengelamlah orang yang membawanya di tengah laut. Kemudian pemuda itu, berkata kepada raja :"Engkau tidak dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka engkau akan dapat membunuhku."Raja bertanya :"Apakah perintahmu?" Jawab pemuda itu:"Kau kumpulkan semua orang dan engkau ikatkan aku di atas tiang. Kemudian ambil panah milikku ini dan kau letakkan di busurnya dan membaca :"Bismillahi Rabbil ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini) . Kemudian kau lepaskan anak panah itu maka dengan itu anda dapat membunuhku." 

Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan raja, lalu hukum dilaksanakan maka dengan itu pemuda itu mati. Orang ramai yang hadir menyaksikan kejadian itu pun berkata :"Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu.") . Sesudah itu, apabila ramai orang yang beriman dengan agama Allah. Maka raja menggali parit, jika ada rakyatnya yang ingkar dan percaya kepada Allah SWT masukkanlah ia ke dalam parit yang ada api itu. 

Maka apabila ramai orang yang berbaris yang akan ditolak masuk ke dalam parit yang ada api itu. Sehingga tiba-tiba ada seorang wanita yang menggandong (membawa) bayinya yang masih kecil menyusu. Ketika bayi itu diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan ke dalam parit berapi itu, wanita itu hampir sahaja menukar agama kerana sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu. Tiba-tiba bayi itu, berbicara dengan suara yang lantang:"Sabarlah wahai ibuku kerana kau sedang mempertahankan hak." 
(H.Riwayat Ahmad, Muslim dan Nasaai) 

Berkata Ibnu Abbas , kisah ini berlaku 70 tahun sebelum Rasulullah saw. Semoga kisah pemuda Ashabul Ukhdud ini menjadi pedoman dan iktibar buat pemuda masakini. Amin.... 

Wassalam... 

Daripada ; 

http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
May 19, 2015 at 3:35 PM delete

terima kasih di atas perkongsian ini mselim...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 19, 2015 at 3:36 PM delete

kisah yang memberi impak yang sangat2 besar bagi seluruh umat..
Iman yg betul dan yakin yg sohih telah membuatkannya teguh mempertahankan agamanya walau nyawa jd taruhan..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 19, 2015 at 8:32 PM delete

Syukurlah atas nikmat iman yang Allah pinjamkan pada kita..terima kasih berkongsi kisah yang ada 1001 manfaat..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 20, 2015 at 5:35 PM delete

sungguh besar kekuasaan allah
kisah yg sgt bagus dijadikan iktibar n teladan buat kita

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 21, 2015 at 9:01 AM delete

Subhanallah, tiada tuhan selain Allah selayaknya disembah...

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 21, 2015 at 11:24 AM delete

Assalam.. kisah yg bermanfaat utk pengetahuan semua.. t kasih MSelim atas perkongsian.

Reply
avatar
Ana Jingga
AUTHOR
May 24, 2015 at 5:34 PM delete

Surah yang bakal menjadi peneman kita suatu hari nanti, In Shaa Allah..amalkan bersama.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon