Dalam Hadis menyatakan bahawa terdapat empat orang bayi yang boleh berkata-kata sewaktu kecilnya. Mereka adalah Nabi Isa a.s anak Maryam, anak Masyitah tukang sikat anak perempuan Firaun, bayi yang terdapat dalam kisah Ashabul Ukhdud serta bayi milik gembala kambing dalam kisah Juraij.Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan kisah tentang seorang pemuda bernama Juraij.
Juraij adalah seorang pemuda Bani Israil yang rajin beribadat.Seluruh masanya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Untuk ini Juraij telah membina sebuah pondok kecil yang terletak jauh di atas sebuah bukit.
Pada suatu hari ibunya datang ke tempat peribadatannya lalu memanggil “ Juraij, Juraij”. Ketika itu Juraij sedang solat maka ia pun berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku” Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Pada keesokan harinya ibunya datang lagi ke tempat Juraij beribadat namun kedatangannya disambut dengan penuh kekecewaan.Masuk hari ketiga, Juraij masih mengutamakan solat daripada menyahut seruan seorang ibu yang amat merinduinya. Terlalu kecewa dengan sikap Juraij ini lalu ibunya berdoa kepada Allah“Ya Allah, janganlah matikan Juraij sebelum engkau datangkan fitnah kepadanya”.
Doa Ibu Juraij dimakbulkan Allah. Seorang wanita jahat yang sebelum ini telah berjaya menggoda ramai lelaki membulatkan tekad untuk menggoda Juraij. Dengan penuh angkuh wanita itu telah berkata “aku tidak akan balik ke sini selagi aku tidak dapat menggoda Juraij”
Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya dengan menanggalkan sehelai demi sehelai pakaiannya namun tindakan wanita itu sedikitpun tidak memberi kesan kepada Juraij malah Juraij dengan dengan penuh kusyuk tetap meneruskan solatnya sehinggalah wanita tersebut beredar.
Teringatkan akan kata-katanya itu, wanita tersebut berasa malu untuk kembali ke rumahnya. Tidak jauh dari tempat peribadatan Juraij terdapat sebuah pondok kecil kepunyaan seorang pengembala kambing. Dalam keadaan bersalah beliau telah mengambil keputusan untuk menetap di pondok berkenaan. Wanita tersebut telah bersekdudukan dengan lelaki penggembala kambing tersebut sehingga melahirkan anak.
Sambil mengendong anak, wanita itu tampil di khalayak ramai dan mendakwa bahawa anak yang dikendongkan ini adalah anak hasil dari perkongsiannya dengan Juraij. Mendengar akan kata-kata wanita ini maka seluruh masyarakat kampungnya menjadi marah dan bertindak menyerang Juraij dan menghancurkan pondok ibadatnya.
Juraij merasa hairan dan berkata: Ada apa ini? Mereka menjawab “Engkau telah berzina dengan wanita ini sehingga melahirkan anak”.
Sebelum dijatuhkan hukuman Juraij meminta kebenaran dari mereka dua perkara iaitu diizinkannya mengambil wudhuk dan menunaikan solat dua rakaat.
Setelah selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati bayi tersebut lalu menekan perutnya dan berkata “Wahai bayi, siapa ayahmu”? Bayi yang baru lahir itu menjawab: "Ayahku si Polan, seorang pengembala".
Kesemua mereka yang ada di situ tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas”.
Juraij berkata: Tidak, binalah semula dari tanah. Mereka pun membangunnya semula dari tanah.
Dari kisah di atas beberapa pengajaran dapat diambil iaitu
1) Kita dilarang menyakiti hati ibu-bapa apatah lagi menderhaka kepada mereka
2) Doa ibu adalah doa yang paling mustajab
3) Kita wajib melaksanakan setiap suruhan ibubapa kita selagi mana ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah.
Sekian Wllahu ‘alam
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon