بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bersamalah kita mengetahui atau mencari-cari siapakah golongan orang yang mustajab atau makbul doanya. Marilah sesama kita lihat dan ambil pengajaran / ingatan untuk kita sesama mempelajarinya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
1- Doa Orang Tua Kepada Anaknya
2- Doa Orang Musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
3- Doa Orang Yang Dianiaya
4- Doa Orang Yang Berpuasa Sampai Ia Berbuka Puasa
5- Doa Seorang Pemimpin Yang Adil
6- Doa Seorang Sahabat Kepada Saudaranya yang berpisah saling bertemu dan berkasih sayang.
7- Doa Anak Yang Soleh kepada kedua ibu bapanya
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah Al-Baqarah: 186 )
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw sabda :"Ada tiga doa yang diterima Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Daud)
Dari Khuzaimah bin Thabit ra Rasulullah saw bersabda :"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah Swt berfirman :"Demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis Riwayat Tobrani - Sanad Hasan)
Berdasarkan beberapa hadis-hadis Rasulullah saw tujuh golongan manusia yang doanya di sisi Allah. Golongan tersebut adalah seperti berikut :
1- Doa Orang Tua Kepada Anaknya
2- Doa Orang Musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
3- Doa Orang Yang Dianiaya
4- Doa Orang Yang Berpuasa Sampai Ia Berbuka Puasa
5- Doa Seorang Pemimpin Yang Adil
6- Doa Seorang Sahabat Kepada Saudaranya yang berpisah saling bertemu dan berkasih sayang.
7- Doa Anak Yang Soleh kepada kedua ibu bapanya
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah Al-Baqarah: 186 )
Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab di sisi Allah.
Swt kerana redha Allah Swt kepada anak-anak adalah bergantung kepada redha kedua ibu bapanya. Oleh itu anak0abak tidak boleh sama sekali menderhaka kepada kedua ibu bapanya.Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw sabda :"Ada tiga doa yang diterima Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Daud)
Doa Orang Musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang musafir dengan tujuan baik semata-mata kerana Allah Swt seperti menuntut ilmu, menziarahi saudara, atau keluar rumah mencari rezeki halal adalah perbuatan yang dikasihi Allah, lalu Allah Swt memakbulkan doanya.Doa Orang Yang Dianiaya.
Allah Swt amat murka kepada sesiapa dikalangan hambanya yang melakukan kezaliman kepada hambaNya yang lain. Orang yang berlaku zalim dan suka menganiaya orang lain akan mendapat balasan daripadaNya. Doa mereka yang dizalimi dimakbulkan oleh Allah Swt. Daripada Ibnu Umar , Rasulullah saw bersabda :"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis Riwayat Hakim - Sanad Hasan)Dari Khuzaimah bin Thabit ra Rasulullah saw bersabda :"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah Swt berfirman :"Demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis Riwayat Tobrani - Sanad Hasan)
9 comments
Write commentsAs salam..terima kasih atas perkongsian ini...
Replyterima kasih dgn perkongsian ini//
Replywaalaikummusalam... sama2 RH...
Replysama2... najiah.
ReplyMoga kita menjadi dikalangan orang yang mustajab doanya...
ReplyAssalam.. t kasih atas perkongsian. Mudah2an doa kita semua dimakbulkan juga... aamiin ya Rabbal alaamiin...
ReplyAssalamualikum...
ReplyPerkongsian yg baik. Semoga doa kita semua dikabulkan. In shaa Allah. Aamiin
perkongsian yang menarik..macam mana pulak dengan waktu yg mana doa tu dimakbulkan?
ReplyPerkongsian yang sangat bermakna..saya dah hilang keberkatan doa seorang ibu hanya mengharapkan kepada oda seorang ayah sahaja
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon