Sahabat Sejati Bulan Mac 2015 : Pengomen Tegar

sahabatsejati
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Terima kasih mselim3 yang tidak terhingga kepada kekawan yang sudi bertandang dan mmberikan komen yang terbaik buat blog kerdil mselim3. Budi jasa dan pengorbanan kekawan tak dapat mselim3 hendak membalasNya. Bagi mselim3 u are the best... friend dan Sahabat Sejati Bulan Mac 2015 : Pengomen Tegar. Entry mselim3 yang pernah mselim3 terbitkan ( baca > Sahabat Sejati Bulan Februari 2015 : Pengomen tegar ) Link Sahabat mselim3 : 
  1. Khir Khalid
  2. Nurul Hidayah 
  3. Sentiasa Panas 
  4. Muhammad Khairuddin Lim 
  5. Nurul Shahira 
  6. Naomie
  7. Aku Penghibur 
  8. Faizal Mohamad
  9. Najib Ariyan 
  10. Dunia Zumal
cintaisahabat

Persahabatan sejati, ciri-ciri sahabat sejati menurut Imam Al-Ghazali : 

  1. Jika kau berbuat baik kepadanya maka ia juga akan melindungimu. 
  2. Jika kau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatan itu. 
  3. Jika kau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya. 
  4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya maka ia akan menyambutnya dengan baik. 
  5. Jika ia memperolehi sesuatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu. 
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, maka ia akan berusaha menutupinya. 
  7. Jika kamu meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh. 
  8. Jika kau berdiam diri ( kerana malu untuk meminta ), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi . 
  9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesulitanmu. 
  10. Jika kau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu . 
  11. Jika kau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu. 
  12. Jika kamu berdua berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia senang mengalah demi menjaga persahabatan itu. 
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud : 

"Sudah pastilah kecintaanKu itu untuk orang-orang yang saling ziarah-menziarahi kerana Aku. Sudah pasti pula kecintaanKu untuk orang yang saling cinta mencintai kerana Aku. Sudah pasti pula kecintaanKu kepada orang-orang yang saling bantu-membantu kerana Aku. Juga sudah pastilah kecintaanKu untuk orang yang saling tolong-menolong kerana Aku. " 

(Riwayat Ahmad dan Hakim)

Rasulullah saw mengingatkan : 

"Perumpamaan teman yang soleh dengan teman yang buruk itu seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Berteman dengan penjual minyak wangi akan membuatmu harum kerana boleh membeli minyal wangi darinya atau sekurang-kurangnya mencium bau wanginya. Sementara berteman dengan pandai besi akan membakar badan dan bajumu atau kamu hanya akan mendapatkan bau yang tidak sedap." 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
mselim3
AUTHOR
April 20, 2015 at 1:35 PM delete

sahabat sejati payah dicari.. tapi mselim3 percaya dia ada. Kerana mselim3 pernah ada sahabat sejati suatu masa dulu..tapi telah kembali ke rahmatullah... al-Fatihah buat arwah hamariah gadaffi..

Reply
avatar
gnesop
AUTHOR
April 21, 2015 at 11:05 AM delete

tahniah kepada semua yang hebat rajin memberi komen :)

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 21, 2015 at 4:50 PM delete

Assalam... Mendalam kata2 imam Ghazali tu. Alhamdulillah t kasih MSelim3. Tahniah juga buat rakan2 lain yg tersenarai... :)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon