Sahabat Sejati Bulan Februari 2015: Pengomen Tegar


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum warakmatullahi wabarakatuh, 

Syukur alhamdulillah kita masih diberikan udara untuk bernafas menikmati kehidupan hari ini. Hari demi hari semakin mematangkan kita, semakin bertambah usia tetapi semakin berkurang usia. Semoga usia yang ada ini digunakan sebaik-baik menuju ke jalanNya. Insaallah.. Amin. 

Terima kasih yang tidak terhingga mselim3 ucapkan kepada kekawan dan juga pembaca blog mselim3 yang sudi bertandang di sini membaca entry-entry yang ada kat blog mselim3 ini. 

sahabat

Dalam masa berblog ini, memang kita akan kenal dengan rakan-rakan blogger kita yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk kita terus motivasi untuk terus menulis menghasilkan entry buat tatapan pembaca semua. Sokongan ini sangat-sangat mselim3 harap. Berikut adalah rakan blogger mselim3 yang rajin terjah baca dan komen entry mselim3. 

  1. Sentiasa Panas 
  2. Najib Ariyan 
  3. Akif Imtiyaz
  4. Khir Khalid 
  5. Muhammad Khairuddin Lim 
  6. Qaseh Abadi 
  7. Faizal Muhammad Twon Tawi 
  8. Naomie 
  9. Hanafi Abdullah 
  10. Bin Muhammad 
airmata

Sahabat itu seperti bintang yang tidak selalu nampak tetapi selalu ada di hati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauhi. Ini kerana persahabatan seperti tangan dengan mata. Saat tangan terluka mata menangis, dan saat mata menangis tangan menghapuskan...


Kepada kekawan yang ingin mengenal rakan blogger mselim3, silalah klik senarai yang mselim3 berikan ini. Tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini. Insaallah akan mencuba yang terbaik untuk menghasilkan entry. Kepada pembaca mselim3, ada pantun untuk anda. 

Jika ada sumur diladang 
Boleh hamba menumpang mandi 
kalau ada umur yang panjang
Boleh datang baca entry mselim3 lagi

Kalau ada kail yang patah 
Jangan simpan di dalam peti 
Kalau ada silap salah  
Jangan di simpan di dalam hati 

Nasi lemak buah bidara 
Sayang selasih hamba turutkan 
Buangi permusuhan sayangi saudara 
Sayangi Rasulullah kita turutkan ...  

Amin, Semoga sentiasa berukhuwah sesama blogger. 

Daripada; 
mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Mardiah Diana
AUTHOR
March 1, 2015 at 12:44 PM delete

Salam singgah sini...tahniah kepada semuanya...

Reply
avatar
Nurul Shahira
AUTHOR
March 1, 2015 at 3:19 PM delete

Balas kunjungan disini ^^

"Buang permusuhan sayangi saudara"~ Its so correct!
Keep blogging and happy sunday :)

Reply
avatar
March 1, 2015 at 3:53 PM delete

terima kasih MSelim... sama sama lah kita kunjung mengunjungi... nak berkunjung rumah jauh sangat seberang lautan... jadi di sini lah ukhwah kita terjalin... mudah2an kekal selamanya...

salam singgah

Reply
avatar
March 1, 2015 at 3:54 PM delete

Assalamualaikum harap mselim update sokmo.. suka membce entri di sini

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
March 4, 2015 at 10:25 AM delete

Tahniah nama2 atas tu..:))

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon