Ibnu Khaldun Tokoh Sejarah Islam Yang Ulung

ibnu-khaldun-pemikir-politik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Beliau dikenal sebagai Ibnu Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan 1332 Masihi. Keluarganya berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Bapa Ibnu Khaldun adalah seorang sarjana terkenal. Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749 Hijrah, Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa tempat lain seperti Algeria, Fez, Granada, Bougie, dan Mesir. Ibnu Khaldun meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 808 Hijrah bersamaan tahun 1406 Masihi ketika berusia 87 tahun. Ibnu Khaldun adalah tokoh sejarah islam yang ulung. Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun menuntut ilmu, walaupun beliau sibuk dengan tugas-tugas pentadbiran. Namun, semua itu tidak pernah menghalangnya dalam membahagikan masa antara tuntutan menuntut ilmu dengan pentadbirannya. 


Beliau adalah seorang pemimpin. Beliau pernah menjawat jawatan penting sebagai ketua hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie. Semua jawatan ini diberikan kepadanya kerana kecekapan dalam mentadbir serta mengemukakan idea-idea dalam kemajuan negara.

Seorang yang kreatif adalah penyebab terhasilnya karya Kitab Al-Muqaddimah adalah hasil daripada pengalaman dan kreatif dalam mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri. Buku ini menjadi rujukan untuk kajian oleh sarjana-sarjana Barat dan Timur hingga ke hari ini. Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada Abdul Rahman bin Muhammad iaitu bapa beliau sendiri, Muhammad bin Al-Muhaimin Al-Hadrami dan Muhammad Saad. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu fardu seperti mantik, falsafah, sains, dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. Semasa Ibnu Khaldun di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru terkenal seperti Ahmad bin Alqassar dan Lisan ad-Din bin Al-Khatib iaitu pengarang Kitab Tarikh Gharnatah (sejarah Gharanada). 


Ibnu Khaldun adalah sejarawan yang telah telah menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, taktor kegemilangan, dan faktor kejatuhan sesuatu tamadun itu. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Ideanya menarik terdapat dalam Kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf Ibnu Khaldun sebagai tokoh sarjana dan sejarawan terkenal sebelum Al-Tabbari dan Al-Masu'udi. Ibnu Khaldun merupakan sejarawan yang banyak berjasa kepada negara serta menyandang jawatan-jawatan penting yang telah memberikan peluang kepada Ibnu Khaldun untuk berkhidmat untuk negara dengan lebih berkesan.

Ibnu Khaldun juga merupakan pengiat budaya dan kesasteraan Arab. Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidang ini jelas kelihatan dalam Kitab Muqaddimah ketika membahaskan tentang syair Arab. Ibnu Khaldun banyak meninggalkan sumbangan dengan menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan dalam karyanya. Kejayaan Ibnu Khaldun telah mendorong para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang tersebut. Sebuah anugerah ilmiah berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika.

Penglibatan Ibnu Khaldun selam 20 tahun dalam bidang pentadbiran mematangkan beliau untuk menghasilkan Kitab Muqaddimah yang berkualiti dan berpengaruh kepada manusia. Beliau berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu pengukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu penyataan yang terbukti kebenarannya.

Beliau menggariskan empat analisis itu membandingkan antara peristiwa dengan berdasarkann kaedah sebab dan musabab. Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang akan berlaku. Mengambil kira faktor pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku serta mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku. Ibnu Khaldun telah meninggalkan beberapa karya lainnya seperti al-Ibar. Begitulah hebatnya kewibawaan tokoh ini dalam perjuangan islam. 
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
April 22, 2015 at 5:07 PM delete

Assalam MSelim3.. Tokoh sejarah Islam yg patut kita semua tahu dan contohi kebaikannya. T kasih atas perkongsian ini.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 23, 2015 at 1:21 AM delete

Ramai sebenarnya tokoh sejarah Islam ...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 23, 2015 at 5:40 PM delete

ibnu khaldun antara tokoh islam yg glamour yg yumida tahu
thanks mselim sharing dgn kami, ilmu agama ni..

Reply
avatar
Rehan Who
AUTHOR
April 23, 2015 at 10:51 PM delete

terima kasih atas perkongsian :)

Reply
avatar
mthalim
AUTHOR
April 24, 2015 at 1:41 AM delete

asalnya revolusi kesedaran di eropah (rennassaince) dibantu oleh cendekiawan islam, contohnya ibnu battutad dan farsi ahmadi yang membantu vasco de gama dlm pelayaran mereka... sedikit ilmu untuk dikongsi.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon