Sifat Pemaaf Orang Badwi Itu Menyebabkan Ia Ahli Syurga


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Sifat Pemaaf Orang Badwi Itu Menyebabkan Ia Ahli Syurga-Pada suatu hari, Nabi Muhammad Saw berada di masjid mengatakan sesuatu kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu itu seorang ahli syurga . Maka para sahabat pun menunggu sehingga muncullah seorang badwi yang dikatakan calon penghuni syurga itu. Sehinggalah hari yang ketiga, Rasulullah saw masih mengatakan perkara yang sama kepada para sahabat. 

Hal ini menimbulkan kehairanan dikalangan sahabat dan mereka ingin mengetahui apakah amalan ahli atau calon syurga itu. Lalu salah seorang daripada sahabat pun mengekori orang badwi itu ke rumahnya. Kemudian sahabat itu meminta kebenaran daripada orang badwi itu untuk tinggal menginap di rumah orang badwi itu selama tiga hari. 

Sepanjang tiga hari itulah sahabat memerhatikan amalan orang badwi itu. Hari berganti hari, sahabat semakin kehairanan apabila mendapati amalan orang badwi itu biasa-biasa sahaja. Malah tidak nampak pula orang badwi itu solat malam atau melakukan ibadah-ibadah sunat. 

Disebabkan perasaan ini tahu itu lalu sahabat itu pun bertanya kepada orang badwi tentang amalannya."Ya hamba Allah apakah amalan yang seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga?" 
Orang badwi itu pun menjawab "Amalan seharianku biasa-biasa sahaja. Cuma di saat sebelum aku tidur aku akan memaafkan kesalahan orang lain kepadaku

Sebagai seorang manusia memang kita tidak dapat mengelak daripada membuat kesilapan. Maka janganlah kita menghukum seseorang itu atau menilai seseorang itu dengan kesilapannya kerana manusia itu boleh berubah membaiki diri. Contoh akhlak yang terpuji adalah sifat memaafkan. 

Sifat pemaaf adalah akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada kita. Sesungguhnya Rasulullah saw adalah contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Baginda adalah seorang insan yang sangat pemaaf sehinggakan banyak diriwayatkan bahawa ramai yang memeluk islam kerana sifat pemaaf Rasulullah saw. 
lakukanlahkebaikan

Antara kisahnya yang lain, pernah seorang wanita Yahudi yang sentiasa menyakiti Rasulullah saw dengan memaki, meletakkan duri dijalanan Rasulullah saw, serta melemparkan najis kepada baginda Rasulullah saw. Namun, Rasulullah saw bersabar dan tidak pernah terlintas di hati Rasulullah saw untuk membalasnya. Pada suatu hari, wanita Yahudi itu sakit dan Rasulullah saw datang menziarahinya. Terkejut dan kagum wanita Yahudi itu kerana walaupun wanita Yahudi itu sering menghina dan menganiaya Rasulullah saw tetapi Rasulullah saw masih memuliakannya. Akhirnya wanita Yahudi itu memeluk islam kerana sifat pemaaf dan sabar Rasulullah saw.    

Sifat pemaaf adalah akhalak mulia yang sangat mulia d isisi Allah . Golongan ini sentiasa dikasihi  Allah dan sentiasa di dalam rahmatNya. Sekiranya kita memaafkan orang tanpa dendam , Insallah pasti Allah mengampuni dosa-dosa kita. Sifat pemaaf secara umumnya memberikan kesan yang positif kepada yang mengamalkannya. Diantaranya ; 
  1. Memberikan kekuatan dari segi spiritual 
  2. Perasaan akan tenang tanpa dendam 
  3. Berfikiran secara lebih rasional 
  4. Mempunyai pemikiran tawaduk dan lebih terbuka 
  5. Mudah diajak berbincang dan berunding 
  6. Sentiasa bersangka baik atau "husnuzon"
  7. Hatinya cenderung menolong orang lain 
  8. Pendirian lebih teguh dan tidak mudah goyang
Secara umumnya atau ringkasnya sifat pemaaf memberikan manfaat kepada orang yang mengamalkannya. Betul ia sememangnya tidak mudah! tetapi percayalah ia memang berbaloi.  
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Maria Firdz
AUTHOR
April 29, 2015 at 4:06 PM delete

Perkongsian yg bermanfaat..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon