8 Sifat Pakaian Muslimah Islam

pakaianmuslimahniqab

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

8 Pakaian Muslimah Islam itu mestilah : 


1- Pakaian muslimah islam itu mesti menutup aurat 

"Telah berkata Aisyah ra :"Sesungguhnya Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis. Maka Rasulullah saw berpaling daripadanya dan bersabda :"Wahai Asma, sesungguhnya wanita yang telah baligh itu tidak bolh dilihatnya daripada kecuali ini dan ini sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya." 

2- Pakaian muslimah islam itu tidak terlalu tipis sehingga menampakkan bayangan tubuh badan

"Dua orang ahli neraka yang belum pernah dilihat; kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melengggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga , sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.
~riwayat Muslim~

3- Pakaian muslimah islam itu tidak ketat atau sempit mestilah longgar dan selesa dipakai serta hendaklah menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki .

Dalam riwayat daripada Abdullah bin Abi Salamah bahawa Saidina Umar bin al-Khattab ra menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir. Kemudian berkata , "Janganlah dipakaikan kepada isteri-isteri kamu." Lalu seseorang berkata:"Ya Amirul Mukminin aku telah memakaikannya untuk isteriky, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya. Lalu Saidina Umar al-Khattab berkata:"Memanglah auratnya tidak nampak tetapi bentuk tubuhnya nampak."

4- Pakaian muslimah islam itu mesti suram atau gelap.

Pakaian itu mesti suram atau gelap seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya seperti Jilbab atau abaya. Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam.

5- Pakaian muslimah islam itu tidak disemerbakkan dengan bau-bauan yang wangi

Demikianlah ini kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan Rasulullah saw sebagai zaniyah atau penzina.
"Wanita yang apabila memakai wangi-wangian kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia iaitu pelacur"
~Riwayat Abu Daud dan Tarmizi~

6- Pakaian muslimah islam itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki. 

Ibnu Abbas ra telah meriwayatkan "Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki"
~Riwayat Bukhari~

7- Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik .


8- Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah , yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya . 


Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
May 5, 2015 at 10:46 AM delete

Alhamdulillah..syukur atas perkongsian ini..ilmu..ilmu..ilmu..terima kasih banyak..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 5, 2015 at 6:37 PM delete

Assalamualaikum.. perkongsian yg sgt jelas dan terperinci. T kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini..

Reply
avatar
EkaTikah
AUTHOR
May 6, 2015 at 6:09 AM delete

info berguna. take note utk diri sendiri. tq sharing ^^

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon