Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

DoaKetikaPeperiksaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Menduduki peperiksaan adalah perkara biasa buat semua pelajar samada pelajar kolej awam maupun swasta, pelajar-pelajar SPM, STPM, STAM, atau Perkhidmatan Awam yang menduduki peperiksaan Jabatan yang diwajibkan. Oleh itu, kepada pelajar atau kakitangan awam yang beragama islam bolehlah amalkan doa-doa ketika menghadapi peperiksaan. Doa-doa yang boleh diamalkan itu adalah seperti doa sebelum masuk kelas/ dewan peperiksaan, doa ketika memasuki dewan peperiksaan, doa ketika menerima kertas soalan,  doa ketika menerima kertas soalan II, doa ketika menjawab mula menjawab soalan, doa apabila terlupa ketika menjawab soalan, doa ketika buntu menjawab soalan, dan doa memohon kejayaan cemerlang. Doa-doa ketika menghadapi peperiksaan ada seperti dibawah ;  

1) Doa Sebelum Masuk Kelas/ Dewan Peperiksaan 

DoaSebelummasukdewanpeperiksaan

2) Doa Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan 

doamasukexam
Maksudnya : 
Dan katakanlah:"Wahai tuhanku, masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar dan mulia; dan berikanlah kepadaku daripadaku daripada sisimu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."

3) Doa Ketika Menerima Kertas Soalan 

doamenerimakertassoalan
Maksudnya : 
"Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku supaya mereka faham perkataanku." 

4) Doa Menerima Kertas Soalan II

Maksudnya : 
"Ya Allah, tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang dikau jadikan kesenangan padanya. Dan diKau menjadikan kedukaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika diKau kehendaki." 

5) Doa Ketika Mula Menjawab Soalan

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya, bolehlah dimulakan dengan membaca potongan ayat Surah Al-Hasyr ; ayat 21-24. Insaallah moga-moga segalanya dapat dilakukan dengan tenang dan mudah ingat serta mendapat keberkatan Allah SWT.

Maksudnya : 
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini keatas sebuah gunung, nescaya kamu melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ingatlah contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya." 
(Surah Al-Hasyr ayat 21-24)

6) Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan 

Atau 
Doa-Jika-Anda-Terlupa-Jawapan1
Maksudnya : 
"Ya Allah, Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku."

7) Doa Ketika Buntu Menjawab Soalan

doaketikabuntumenjawabsoalan
Maksudnya : 
"Wahai Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus; Dengan RahmatMu daku memohon pertolongan." 

7) Setelah selesai menjawab semua soalan atau kertas soalan sudah diambil oleh pegawai yang menjaga pusat peperiksaan, maka bolehlah baca doa di bawah ini ; 

8) Doa Memohon Kejayaan Cemerlang

Maksudnya : 
Ya Allah, kami memohon daripadaMu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan kepada murid, pelajar maupun pelajar universiti serta dipermudahkan segala urusan dalam proses mengingat, menghafal, menjawab dengan baik soalan-soalan peperiksaan dengan menepati kehendak soalan dan mendapat keputusan atau kejayaan yang cemerlang di dunia maupun kehidupan di akhirat. Amin... Insaallah.. 

Daripada ; 
http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
May 6, 2015 at 6:11 PM delete

alhamdulillah perkongsia yg bgs ni mselim
blh adik2 kita amalkan doa ni utk seat exam
moga dipermudahkan mereka menjwb soalan

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon