Doa Dhuha Serta Liriknya

keajaibansolatdhuha

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berikut adalah Doa Dhuha Serta Liriknya :



doadhuha

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, 
Kecantikannya kecantikanMu,
Keindahnya keindahanMu,
Kekuatannya kekuatanMu,
Kekuasaannya kekuasaanMu,
Perlindungannya perlindunganMu,

Ya Allah jika rezeki itu masih dilangit... turunkanlah, 
Jika di bumi keluarkanlah.... 
Jika sukar permudahlah...... 
Jika haram sucikanlah......
Jika jauh dekatkanlah.......

Berkat waktu dhuhaMu, 
KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu, 
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan 
kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Berkenaan dengan solat dhuha :

  1. Barangsiapa solat dhuha 12 rakaat Allah SWT akan membuatkan untuknya istana di syurga. (HR.Tirmizi dan Abu Majah) 
  2. Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha akan diampuni dosanya oleh Allah SWT sekalipun dosanya sebanyak buih di lautan. (HR.Abu Daud) 
  3. Barangsiapa yang berada dimasjid setelah solat subuh, iktikaf, berzikir dan solat dhuha serta tidak berkata apa-apa yang sia-sia kecuali kebaikan maka diampuni dosa-dosanya meskipun melebihi buih di lautan. (HR.Abu Daud) 
  4. Dari Ummu Hani :"Bahawa Rasulullah saw solat dhuha 8 rakaat dan memberi salam setiap dua rakaat.(HR.Abu Daud) 
  5. Dari Zaid bin Arqam :"Rasulullah saw keluar ke penduduk Quba dan mengerjakan solat dhuha. Solat dhuha berakhir apabila panas matahari (HR.Ahmad Muslim dan Tirmizi) 
  6. Rasulullah saw bersabda dalam hadis qudsi Allah SWT berfirman :"Wahai anak Adam, jangan engkau sesekali malas solat dhuha 4 rakaat kerana dengan solat dhuha tersebut Aku cukupkan keperluanmu untuk esok harinya.(HR.Hakim dan Thabrani).
Daripada ; 
http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
May 7, 2015 at 2:11 PM delete

Subhanallah walhamdulillah... semoga kita semua sentiasa beroleh kekuatan dhuha dan dilapangkan rezeki dgn sepenuh keberkatan hidup... aamiin..

Reply
avatar
MIL HASHIM
AUTHOR
May 9, 2015 at 9:53 AM delete

ASSALAMUALAIKUM ABG MSELIM.
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

Reply
avatar
June 18, 2015 at 10:56 PM delete

perkongsian yang bagus untuk kita amalkan. solat sunat dhuha ni besar fadhilat dan kelebihannya. insyallah murah rezeki kita nnti. maksud doa ni pun amat hebat maknanya

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon