Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya yang akan kekal abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti. ~Saidina Ali Abi Thalib~
Kekadang mselim3 memang tersentuh dengan kata-kata hikmah ini, tidak dapat dinafikan. Kehidupan sebagai blogger ini memang perlu menghasilkan entry yang bermanfaat untuk tatapan pengunjung blog. Ilmu pengetahuan adalah kurnia yang diberikan untuk dikongsikan bersama-sama. Sharing is caring. Jika tidak ilmu yang diperolehi itu akan tersimpan dalam lipatan bulu-buku agama sahaja.
Insaallah doakan yang terbaik untuk mselim3 dalam menghasilkan entry yang baik untuk kita sesama tambah ilmu. Dunia ini adalah satu tempat perjalanan atau perhentian yang sementara apabila cukup masa kita akan berhenti atau berjumpa di akhirat nanti. Tetapi sejauh manakah persediaan kita dalam menghadapi dugaan ini? Bersediakan aku menghadapi mati ini dan apakah yang terjadi di akhirat nanti. Masihkah ada saham akhirat untuk di bawa ke akhirat nanti. Dunia ini adalah fatamorgana.
Tidak lain "Sesungguhnya apabila mati anak adam itu terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."~Hadis Riwayat Muslim~
Apa yang ingin di'highlight' di sini adalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu bermanfaat adalah saham yang terbaik untuk kita sesudah mati. Selagi ilmu yang kita kongsikan itu bermanfaat kepada orang yang mengamalkan ilmu yang kita ajarkan itu. Selagi itulah saham sentiasa ada untuk kita. Jadi janganlah kedekut ilmu.. kongsilah ilmu dengan semua orang yang memerlukan.
Daripada Anas ra. 7 macam pahala yang dapat dinikmati selepas mati :
- Sesiapa yang mendirikan masjid pahala tetap untuknya selagi masjid itu digunakan untuk orang beribadat di dalamnya.
- Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang meminumnya.
- Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang membacanya.
- Orang yang mengali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
- Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya tidak kira samada manusia atau haiwan.
- Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
- Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang selalu mendoakannya dan beristiqfar baginya. (HR Anas bin Malik)
10 comments
Write commentsJariah yang ditinggalkan berterusan selagi ianya memberi manfaat kepada manusia lain...
ReplyInsyaAllah...sebagai blogger,kita boleh gunakan blog sebagai amal jariah buat bekalan...
Ilmu yang bermanfaat adalah rahmat buat umat manusia. Ianya berpanjangan kerana kebaikan yang diperoleh oleh generasi yang terkemudian dapat diteruskan selagi ada insan yang mahu menyampaikannya.
ReplySemoga dapat tingkatkan amalan diri
ReplyAlhamdullilah... benar semata2 benar tu... tapi saya diajar bahawa ada satu lagi yg paling besar dari itu... iaitu dakwah membawa orang lain kepada islam sama ada berjaya atau tidak sebab walau semua yg di atas telah musnah, penganut Islam takkan musnah... saya diberitahu bahawa buku catatan amalan baik Syaidina Abu Bakar masih terbuka sehingga kini kerana dari setiap orang Islam beribadah, dia akan dapat pahalanya... ini lah perniagaan yg tak merugikan
ReplyAssalamualaikum MSelim3... sungguh terkesan membaca entri ini. T kasih atas perkongsian dan peringatan ini.
Replyterima kasih atas perkongsian
Replyperkongsian yg baik.. jom kejar pahala...
ReplyYa, penulisan yang baik boleh menjadi bekalan
ReplyAssalammualaikum mSelim. Subhaanallah..perkara mudah yang ada kalanya kita abaikan..
ReplyMari kita amalkan bersama...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon