Imam Ahmad bin Hanbal dalam perjalanan untuk menuntut ilmu . Akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid. Malang sekali apabila penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.
"Ini bukan tmpat untuk tidur!" katanya .
Bukanlah salah penjaga masjid itu yang tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur. Walaupun pun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.
Kemudian Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya.
Akhirnya dia menghalau Imam Ahmad yang sudah berusia itu keluar dari kawasan masjid.
Pada masa yang sama, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa itu merasa sungguh simpati. Lantas dia mengajak Imam Ahmad yang tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya.
Lelaki itu, adalah seorang pengusaha kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya si pembuat roti pun meneruskan kerjanya.Imam Ahmad tidak terus tidur sebaliknya memerhatikan gerakgeri pembuat roti yang menarik perhatiannya. Setiap gerak tangannya mengguli roti,diiringi dengan yang tidak henti-henti.
Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.
"Sejak bila engkau beristiqhfar seperti ini?"
"Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristiqhfar?"
Pantas dia menjawab :"Ya! Setiap hajat dan permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yang belum dimakbulkan , wahai tuan."
"Apakah itu?"
"Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi belum diperkenankan lagi!"
Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata:"Wahai saudara ! Akulah Imam Ahmad bin Hanbal.
Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu!"
Begitulah bukti kelebihan istiqhfar sehingga Allah rakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12.
Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristiqhfar kerana ganjarannya banyak, antaranya :
- Allah akan menurunkan hujan lebat yang dapat meyuburkan tanah sehingga menghasilkan dan buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.
- Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta yang banyak dan beraneka rupa dan ragam.
- Allah akan menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka pupus.
- Allah akan mengalirkan sungai yang berperanan mengairi kebun-kebun mereka sehingga tanam-tanaman hidup subur dan menghijau.
Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yang manfaatnya bersifat kekal.
Lihatlah walaupun si penguli roti mempunyai hajat yang kecil tetapi Allah memakbulkannya berkat istiqhfar yang diamalkan. Dalam dia sibuk menguruskan kehidupannya Allah telah memenuhi hajatnya.
Sumber : Solusi
14 comments
Write commentssama-sama kita amalkan mselim ye
ReplyGood One..!
ReplySalam Tuan. Tumpang lalu di sini.
ReplyTerutamanya kita yg di akhir zaman ni, Iqtigfar jangan la di tinggalkan tiap hari. InsyAllah.
singgah baca entry mselim :)
Replynice sharing :)
Replysinggah lunch..
Assalammualaikum... terima kasih kekawan yang komen di sini. Insaallah lepas nie mselim3 terjah blog anda k...
Replymselim3
betul tu istighfar adalah cara untuk dibukakan jalan kesenangan
Replynice sharing...
ReplyMashaAllah
Replyberuntung penguli roti itu.
thanks sharing :)
Subhanallah.. semoga menjadi amalan & ikutan yg baik buat kita semua, in shaa Allah... T kasih diatas perkongsian ye :)
Replysesungguhnya , Allah mendengar doa hamba - hambanya ...
Replysubhanallah, kuasa Allah swt...besar nikmat bila kita yakin dan percaya dengan kalam Allah...
Replysalam Selim pp singgah sini, semoga kita pun mcm si penguli roti ni amin... mohon nak copy paste kat fb pp ye. thanks for sharing ;-)
Replykita selalu diingatkan tentang istighfar. tetapi susah betul nak istiqamah
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon