Kerana tubuhnya masih dalam keadaan lemah akibat lama terkurung di dalam penjara dan diseksa maka Imam Hanbali tidak mampu berjalan cepat. Apabila hari sudah senja beliau singgah di sebuah masjid itu. Tambahan pula beliau sendiri tidak mahu memperkenalkan dirinya.
Selesai solat isyak , Imam Hanbali bercadang untuk terus beriktikaf dalam masjid itu. Walaupun , penjaga masjid tersebut tidak membenarkannya oleh kerana tidak mengenali Imam Hanbali.
"Para pengemis tidak dibenarkan tidur di dalam masjid ini,"kata penjaga masjid itu dengan kasar.
Imam Hanbali tidak marah kerana selama di dalam penjara dia pernah menerima penghinaan yang lebih teruk lagi daripada itu.
"Jika begitu, tuan benarkan saya tidur di luar masjid,"rayu Imam Hanbali.
"Tengah malam nanti engkau pecahkan pintu masjid dan mencuri barang-barang berharga di dalam masjid ini,"marah penjaga masjid itu.
"Jika begitu saya akan tidur sambil berdiri di halaman masjid ini,
"kata Imam Hanbali.
"Lebih baik kamu pergi dari sini ataupun aku pukul !"teriak penjaga masjid itu.
"Wahai saudaraku kaum muslimin , siapakah yang sudi mengajak aku bermalam di rumahnya?Hanya malam ini sahaja,"kata Imam Hanbali.
Seorang lelaki menghampiri Imam Hanbali lalu berkata."Tuan akan menjadi tetamu di rumah saya."
"Terima kasih wahai saudaraku,"ucap Imam Hanbali sambil mengucapkan rasa syukur.
Kemudian lelaki itu mengajak Imam Hanbali ke rumahnya. Sepanjang perjalanan lelaki itu tidak bertanya siapa Imam Hanbali dan dari mana beliau datang. Apabila sampai di rumah , dilayannya Imam Hanbali seperti tetamu. Diberinya makanan dan minuman . Kemudian disediakan tempat tidur.
"Tuan nampak keletihan. Tidur dan berehatlah. Saya ada kerja yang hendak disiapkan,"kata lelaki itu.
"Izinkan saya membantu kerja tuan kerana tuan melayan saya dengan baik,"kata Imam hanbali pula.
Beliau pun mengekori lelaki itu. Barulah Imam Hanbali tahu lelaki itu adalah seorang pembuat roti. Sambil menguli tepung mulut lelaki itu terus berzikir . Imam Hanbali berasa sangat kagum.
Keesokan harinya , sebelum pergi dari situ Imam Hanbali berjumpa dengan lelaki pembuat roti itu bagi mengucapkan terima kasih.
Sekiranya kamu memerlukan perkerjaan boleh bekerja dengan saya,"kata lelaki pembuat roti. Sebaliknya Imam Hanbali menolak tawaran lelaki itu dengan baik.
"Saya kagum walaupun sibuk bekerja tuan masih sempat berzikir,"kata Imam Hanbali.
"Saya sering beristighfar dan berzikir walaupun di mana saya berada dan walau apa pun kerja yang dilakukan,"jawab lelaki itu jujur.
"Adakah tuan mendapat apa-apa kebaikan daripada amalan itu?"tanya Imam Hanbali lagi.
"Alhamdulilah , doa saya selalu dimakbulkan Allah , dan apa yang saya hajatkan selalu kesampaian."jawab lelaki itu.
"Alhamdulilah...."Imam Hanbali juga merasa kagum.
"Cuma satu sahaja doa saya yang belum dimakbulkan Tuhan..."sambung si pembuat roti itu.
"Doa tentang apa? "tanya Imam Hanbali.
"Doa untuk aku berjumpa dengan Imam Hanbali,"jawab lelaki itu. Imam Hanbali berasa sangat terharu lalu menangis.
"Kenapa tuan menangis? Adakah kata-kata saya itu menyedihkan tuan yang menjadi tetamu di rumah saya,"tanya lelaki itu cemas.
Imam Hanbali tidak sanggup hendak merahsiakan lagi siapa dirinya lalu berterus terang dengan lelaki pembuat roti itu .
Petikan :
Buku "Kisah Imam Hanbali"
Kisah 4 Imam Yang Benar
4 comments
Write commentssalam ..... nice info..:)
ReplySubanhanallah...
Replysebak baca, nk pinjam tuk ceritakan pada anak2
Replygood entry
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon