Solat Berjemaah Imbangi Cas Dalam Badan....

solatberjemaah


Kajian dari sudut sains menunjukkan solat berjemaah mempunyai keistimewaannya tersendiri . Hal ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh seorang profesor fizik Amerika terhadap solat berjemaah. Menurut profesor tersebut, tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik , iaitu cas positif dan negatif. Sewaktu melakukan aktiviti harian, keseimbangan kedua-dua cas ini akan terganggu. 



Kesembangan cas ini menyebabkan manusia berasa letih dan lesu. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap yang normal. 




Kajian yang dilakukan terhadap solat berjemaah mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh makmum dengan makmum yang lain menstabilkan semula cas dalam tubuh. Cas yang berlebihan dikeluarkan dari tubuh dan cas yang berkurangan ditarik ke dalam. Semakin lama pergeseran ini berlaku , semakin seimbanglah cas dalam tubuh. 



Menurut profesor itu lagi, sewaktu bangun tidur , cas positif dan negatif dalam tubuh manusia hampir seimbang . Manusia hanya memerlukan sedikit sahaja lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh tercapai. Hal ini dapat dicapai dengan mendirikan solat Subuh dua rakaat secara berjemaah. 

Selepas setengah hari bekerja kuat dan memerah otak, cas-cas ini kembali tidak stabil . Pertukaran cas yang lebih banyak diperlukan untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Solat Zuhur yang didirikan sebanyak empat rakaat secara berjemaah didapati berupaya mengembalikan cas-cas ini kepada normal. 

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang . Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas . Ini menyebabkan tubuh sekali lagi kehilangan cas yang banyak . Seperti Zuhur , empat rakaat Asar yang dikerjakan dapat memberi ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama . 

Petikan :

Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Rohidzir Rais
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
Mrs Velentine
AUTHOR
January 9, 2013 at 1:45 PM delete

suka entry ni selim...betul juga apa yg profesor tue kaji

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
January 9, 2013 at 2:21 PM delete

As-Salam. Teringat zaman masa sekolah menenngah ...time tu kalau sholat jumaat, memang rapat2 tak ada ruang .... sbb masjid kecik ...:)

Reply
avatar
Ratu Hatiku
AUTHOR
January 9, 2013 at 4:23 PM delete

Sesungguhnya saya x pernah tau pun psl nie... Tq sharing ya...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 9, 2013 at 4:48 PM delete

tq share ye. gd info

Reply
avatar
January 10, 2013 at 8:20 AM delete

entri terbaik.. suke baca..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 14, 2013 at 6:47 PM delete

perkongsian yg baik,ilmu yg bermanfaat.terbaik bro

Reply
avatar
January 18, 2013 at 1:59 PM delete

erm.. oleh itu orang lelaki pergilah solat jumaat tok caskan balik tenanga dalam badan yerk ;) btw hana suke template bwu kamu :) lebih cantik walaupun pink ;)

Reply
avatar
RuMaH TuA
AUTHOR
January 24, 2013 at 10:05 AM delete

Jazakallah.
Yang baik2 semua dari Allah.
Moga Allah kasih.

Reply
avatar
Cendol
AUTHOR
January 25, 2013 at 6:16 PM delete

Salam.ini entry yg sgt awesome!suka lah!tahniah entry yg sgt2 best!!!
Islam itu perfect.Islam is the way of life!

Reply
avatar
Yaya
AUTHOR
January 25, 2013 at 8:11 PM delete

thanks for visiting my blog,...turun juga jemaah kat surau dkt umah..mmg suasana tu rsa best jek..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 25, 2013 at 9:38 PM delete

penemuan luarbiasa. islam mmg amazing..

:)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon