Daripada Abdullah (Ibnu Mas'ud) katanya, Rasullulah saw membuat satu berbentuk segi empat . Kemudian Baginda menggariskan satu garisan dari tengah sehingga keluar dari rajah segi empat itu. Kemudian Baginda membuat garisan kecil dari garisan tengah itu. Baginda bersabda :"Ini adalah gambaran manusia. Garisan segi empat ini ialah ajal (maut) manusia . Garisan yang terkeluar itu ialah angan-angannya. Garis-Garis kecil pula adalah musibah dan ranjau kehidupannya. Jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya." (Riwayat Bukhari ) .
Larangan Panjang Angan-Angan
Islam melarang manusia daripada panjang angan-angan kerana ia akan melalaikan daripada beribadat kepada Allah. Umat islam hendaklah berhati-hati melakukan sesuatu urusan supaya segala tingkah laku yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.
Manusia suka berangan-angan panjang , oleh itu hendaklah ia berwaspada jangan sampai melekakan dan melalaikan sehingga akhir hayat.Bagaimanapun, apabila berdepan dengan kesusahan , kita digalakkan untuk beristighfar supaya merasa keesaan Allah swt.
Jalan Keluar
Rasullulah saw bersabda: "Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (Riwayat Abu Daud) .
Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa memperbanyakkan istighfar . Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.
Petikan :
Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
3 comments
Write commentsSalam...good info ...keep it up..:)
Replyinsyaallah akan cuba utk tidak berangan2
Replybetul tu. setuju sgt!
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon