Abdullah bin Masud Perawi Hadis

abdullahbinmasud


Abdullah merupakan seorang pemuda yang berasal dari kota Makkah dan beliau merupakan orang yang keenam masuk ke dalam agama islam. Abdullah bin Masud digelar sebagai Ahli Qiraat Kufah yang merupakan seorang yang alim, faqih dan menjadi rujukan orang-orang Kufah dan Iraq secara amnya. 


Pada masa remajanya Abdullah merupakan seorang pengembala. Merupakan seorang pengembala yang sangat jujur ketika sebelum islam. Kerana kejujurannya itu, setelah memeluk islam Abdullah bin Masud menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi Rasullulah saw. 

Kisah beliau memeluk islam berlaku, ketika Abdullah bin Masud mengembala kambing datang Rasullulah saw bersama Saidina Abu Bakar ra yang cuba mengelak daripada dikejar kaum musyrikin. Oleh kerana perjalanan itu tanpa bekal Rasullulah saw dan Saidina Abu Bakar ra berjumpa dengan Abdullah bin Masud, Rasullulah saw bertanya:"Bolehkah diberikan sedikit susu kambing?
Abdullah bin Masud menjawab:"Saya diamanahkan untuk menjaga kambing, dan bukannya pemilik kambing ini." 

Walaupun belum islam ketika itu, Abdullah bin Masud merupakan seorang yang sangat amanah. Lalu Rasullulah saw bertanya sekiranya ada kambing berusia setahun keatas yang belum mempunyai susu (kambing dara). Lalu Abdullah bin Masud menunjukkan kambing yang diingini oleh Rasullulah saw. Lalu Rasullulah saw pun menepuk pada kambing itu maka terkeluarlah susu dengan deras daripada kambing itu. 

Maka terkejutlah Abdullah bin Masud melihat kejadian itu. Rasullulah saw dan Saidina Abu Bakar ra meminum susu kambing itu sambil diberikan kepada Abdullah bin Masud meminumnya lalu Rasullulah saw mengarahkan agar susu kambing itu kembali kepada bentuk asal (tiada susu).
Mukjizat Rasullulah saw ini pernah juga berlaku ketika peristiwa hijrah, Rasullulah singgah di khemah orang badwi yang bernama Ummu Ma'bad

Setelah melihat apa yang berlaku, Abdullah bin Masud berkata:"Ajarkanlah apa yang kamu baca tadi ketika menepuk kambing itu." Lalu Rasullulah saw menjawab:"Kamu sudah terpelajar." Rasullulah saw merujuk kepada sifat amanah yang dimiliki oleh Abdullah bin Masud. Lalu Abdullah bin Masud pun beriman dan memeluk islam. Iman Abdullah bin Masud sangat istimewa disisi Rasullulah, iaitu ada 5; 
  1. Penyimpan rahsia dan pendamping rapat Rasullulah saw, seperti jika Rasullulah saw tidur yang berani mengejutkan Rasullulah ialah Abdullah bin Masud. Abdullah bin Masud adalah penjaga rahsia peribadi Rasullulah saw dan selalu menemani Rasullulah saw. 
  2. Menjaga bantal Rasullulah, samada bantal untuk duduk bersandar atau duduk.
  3. Menjaga siwak Rasullulah saw setiap kali Rasullulah ingin bersiwak dan menyimpan siwak Rasullulah saw selepas digunakan. 
  4. Menjaga keperluan wuduk dan bersuci Rasullulah saw daripada bekas air dan sebagainya. 
  5. Menjaga selipar Rasullulah saw. Ada beberapa riwayat menyatakan bahaw apabila berjalan Abdullah bin Masud akan berjalan dihadapan bukan mendahului Rasullulah saw tetapi adalah untuk menyediakan selipar dan tongkat Rasullulah saw. Apabila Rasullulah saw berhenti Abdullah bin Masud sudah menanti untuk membuka selipar dan menyarungkannya tanpa Rasullulah saw perlu menundukkan dirinya. Abdullah bin Masud akan masuk bersama selipar Rasullulah saw yang diletakkan dicelah jarinya. Begitulah hebatnya cara layanan sahabat nabi melayan Rasullulah. 
Abdullah bin Masud merupakan orang yang banyak berkhidmat untuk Rasullulah saw. Orang yang banyak berkhidmat untuk Rasullulah saw masyhur dengan ilmu kerana mereka mendapat keberkatan daripada ilmu tersebut. 
Ada orang sahabat datang kepada Saidina Umar al-Khattab dan mengadukan ada orang di kufah yang berkata tentang al-Quran tidak merujuk apa-apa. Apabila diberitahu bahawa orang itu itu adalah Abdullah bin Masud barulah reda kemarahannya seraya berkata:"Aku tidak nampak ada orang lain seperti dia (Abdullah bin Masud) saat ini tentang kepandaiannya dalam al-Quran." 
Abdullah bin Masud memegang jawatan sebagai pentadbir awam di masa pemerintahan Umar al-Khattab dan Uthman bin Affan. Bakat kepimpinannya setanding dengan seorang sahabat yang terkemuka iaitu Muhammad Ibn Maslamah. 
Abdullah bin Masud berkata:"Aku mendengar secara langsung 70 surah dengan telingaku sendiri daripada Rasullulah saw." Semua surah dalam Al-Quran ada 114 surah. Abdullah bin Masud terikut perangai Nabi Saw kerana rapatnya beliau dengan baginda Rasullulah saw. Oleh itu, cara duduk,diam,berdiri dan jalannya mempunyai persamaan dengan cara Nabi Saw. 
Abdullah bin Masud agak rendah berbanding dengan sahabat yang lain. Satu hari, ketika Rasullulah saw sedang duduk bersama sahabat Abdullah bin Masud memanjat pokok lalu kainnya ditiup angin sehingga ternampak betis beliau yang kecil. Sahabat yang terlihat keadaan itu tergelak secara spontan. Lalu Rasullulah saw bersabda:"Betis itu disisi Allah adalah lebih berat daripada Gunung Uhud." Ini menunjukkan bahawa Allah tidak mengukur keimanan seseorang itu berdasarkan rupa fizikalnya sahaja. 
Abdullah bin Masud jika meriwayatkan hadis daripada Rasullulah beliau terlebih dahulu akan memuji Rasullulah dengan kata, Rasullulah seorang yang jujur, benar lagi membenarkan bersabda... Begitulah berhati-hatinya sahabat dalam meriwayatkan hadis daripada Rasullulah saw. 
Abdullah bin Masud wafat pada 633M . 
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
Tunsha Ayunie
AUTHOR
December 21, 2014 at 8:50 PM delete

Maha Suci Allah :)
Minum susu kambing jugak bagus untuk kesihatan...

Reply
avatar
December 21, 2014 at 10:28 PM delete

Selawat dah salam ke atas junjungan Rasullulah s.a.w dan sejahtera keatas sahabat besar baginda Abdullah bin Masud r.a, syurga lah bagi segala pengorbanan beliau atas islam

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
December 22, 2014 at 8:19 AM delete

As'salam ustaz meslim baru drop komen ..aduh bila publish tak sambung pula putus line..Subahanllah berbahagianya Abdullah menjadi pendamping Nabi saw..suingguh luar biasa hambaNya ini

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 22, 2014 at 10:49 AM delete

Subhanallah, beruntung sahabat nabi Abdullah sentiasa dapat berada di sisi baginda.

Reply
avatar
December 22, 2014 at 12:06 PM delete

Abdullah bin Masud r.a memang seorang yang besar dalam dunia hadis.. :D

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
December 24, 2014 at 12:15 AM delete

Assalamualaikum... ya.. beliau mmg org yg besar sumbangannya dlm dunia hadis.. setuju dgn kata2 Time Traveller...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon