Asal Usul Nama Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat)

Masjid-al-Qiblatain


Pernahkah kita dengar pasal Masjid Al-Qiblatain iaitu Masjid yang mempunyai dua kiblat. Tahukah kita bagaimana masjid ini mendapat namanya iaitu masjid yang dua kiblat. Masjid ini terletak di tengah-tengah perkampungan Bani Salamah iaitu di sebelah barat daya Madinah. Ia dikelilingi oleh kebun. Manakala Wadi Al-Aqiq pula disebelahnya.

Surah-Al-Baqarah-ayat-144

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.(Surah Al-Baqarah ayat 144) 


Sewaktu Rasullulah saw tiba di Madinah, Baginda diarahkan supaya menghadap ke arah Baitul Maqdis (kiblat solat) dan ramai diantara penduduk Madinah waktu itu daripada kalangan Yahudi dan memang kiblat mereka ialah Baitul Maqdis. Oleh itu, orang Yahudi sangat gembira dengan perbuatan Rasullulah saw ini, sedangkan Rasullulah saw  sebenarnya lebih suka jika kiblat solat ditukar ke arah Baitullah. Rasullulah saw pun berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu mengizinkannya dan para sahabat saw berpaling ke Baitullah. 



Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa mengejek Rasullulah saw dengan berkata:"Muhammad menentang ajaran kita tetapi solatnya mengikut kiblat kita". Akhirnya, selepasnya 16 atau 17 bulan Rasullulah saw menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Baginda mendapat perintah berkiblatkan Kaabah. 

Namun, setelah turunnya ayat tersebut golongan Yahudi sekali lagi membuat propaganda, kononnya apakah kesudahan orang yang telah mati sedangkan mereka telah bersolat ke arah Baitul Maqdis, apakah solat mereka diterima?. Berbagai-bagai lagi persoalan dikemukakan. Demikianlah jahat orang Yahudi yang tak habis-habis menyakiti dan mengkhianati orang islam, sehingga Allah menggambarkan mereka dalam al-Quran (maksudnya):"Telah berkata orang-orang yang bodoh daripada kalangan manusia......(surah al-baqarah ayat 142). 

Terdapat perselisihan riwayat di manakah Rasullulah saw berada sewaktu turunnya ayat ini dan dimasjid manakah bermulanya solat ke arah Kaabah: 

Pertama : 
Ibnu Saad di dalam at-Tabaqat meriwayatkan bahawa Rasullulah saw sedang melawat Ummu Bishr bin Al-Bara' bin Ma'rur ra di kawasan Bani Salamah. Beliau telah menyediakan jamuan untuk Rasullulah saw dan sahabatnya. Apabila tiba waktu solat zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Sedang Baginda berada di rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjid Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke arah Kaabah ke sudut yang bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan menyambung baki solatnya. Begitulah masjid yang bersejarah ini mendapat namanya. 

Menurut riwayat daripada Muhammad bin Jabir ra pula setelah ditukarkan kiblat, beberapa orang daripada Bani Salamah sedang bersolat di masjid mereka. tiba-tiba datang berita bahawa kiblat telah bertukar sedang dua rakaat telah pun diselesaikan , lalu mereka pun berpaling menghadap ke arah Kaabah. 

Kedua : 
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Al-Bara' bin 'Azib ra bahawa solat pertama Rasullulah saw selepas pertukaran kiblat ialah solat ansar. 

Ketiga : 
Imam Bukhari juga meriwayatkan juga daripada Abdullah bin Umar ra sewaktu orang solat subuh di masjid Quba' tiba-tiba datang berita mengatakan Rasullulah saw telah diarahkan supaya menghadap ke Kaabah maka mereka pun berpaling ke arah tersebut. 

Demikianlah diantara riwayat yang menceritakan peristiwa pertukaran kiblat. Berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih, Rasullulah saw bersolat bersama sahabat saw ke arah kiblat Kaabah, lalu jemaah tersebut pun berpaling ke arah Kaabah dan menyempurnakan solat mereka. 

Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar :"Adapun at-tahqiq (setelah diteliti) solat pertama ke arah Kaabah ialah solat di Bani salamah (Qiblatain), iaitu solat zuhor. Solat pertama menghadap kiblat di Masjid Nabawi pula ialah solat asar. Adapun solat subuh ialah di masjid Quba. 

Kini Masjid Qiblatain (bani salamah) masih wujud dengan binaan baru dan menjadi satu tempat lawatan di Madinah walaupun ianya tidak mempunyai kelebihan khusus seperti Masjid Quba'.

Sumber : 

Madnah; Kelebihan dan Sejarah 
Halaman 84-88
Ustad Abdul Basit
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
sitirohaida
AUTHOR
October 30, 2013 at 1:55 PM delete

teringin nak menjejakkan kaki ke sini...moga dipermudahkan dan thanks sharing mselim

Reply
avatar
Mimie
AUTHOR
October 30, 2013 at 2:49 PM delete

Assalamualaikum Selim...Alhamdulillah perkongsian yg bagus...Teringin jugak nak pergi sana tengok keindahan masjid Al Qiblatain...

Reply
avatar
October 30, 2013 at 3:33 PM delete

Perkongsian yg sangat bagus mselim.. =D

Reply
avatar
October 30, 2013 at 3:37 PM delete

hebatnya Islam...ruginya orang yang tidak hayati Islam

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 30, 2013 at 4:24 PM delete

inilah sejarah besar bua kita..sebab sampai sekarang kiblat itu kita gunakan

Reply
avatar
October 30, 2013 at 7:40 PM delete

kalau ada rezeki nak juga melawat ke sini mselim... terima kasih di atas perkongsian ini...sangat menghargai ilmu yang dikongsikan...

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
October 30, 2013 at 8:12 PM delete

Kebesaran Allah swt. Terima kasih atas perkongsian mselim3 :)
Kalau ada rezeki insyaAllah teringin nak melawat ke masjid qiblatain ni~

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
October 30, 2013 at 9:03 PM delete

Subhanallah.. perkongsian yg besar manfaatnya.. mudah2an ramai lg yg akan tahu.. aamiin..

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
October 30, 2013 at 10:13 PM delete

perkongsian yang baik mselim.. :D

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 30, 2013 at 11:48 PM delete

klu x de entry ni , mungkin ramai yg x tau ...

Reply
avatar
gnesop
AUTHOR
October 31, 2013 at 10:29 AM delete

nice info
terima kasih atas perkongsian

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
October 31, 2013 at 11:25 AM delete

Ilmu baru Fiza untuk hari nie...>_<

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
October 31, 2013 at 4:30 PM delete

antara masjid yg popular..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon