Selawat ke atas Nabi saw adalah perintah wajib daripada Allah swt. Selawat ke atas nabi-nabi yang lain tidak diperintahkan, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah lebih elok jikalau diucapkan selamat atau sejahtera (a.s) .
Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasullulah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (sallallahu alaihi wa salam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.
Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi saw berbanding nabi-nabi yang lain.
1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasullulah saw kerana menurut perintah Allah swt sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah swt bermakna pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah swt mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.
2- Sebagai mentaati perintah Allah swt ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda saw. Dalam surah al-Ahzab :"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi saw ; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
~surah al-Ahzab ayat 56~
Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhamad saw. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperolehi baginda samada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Sekaligus para ulama berpendapat bahawa Allah swt secara khusus berbanding dengan nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat.
Di dalam sepotong hadis diriwayatkan baginda Rasullulah saw ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad:"Kami diperintahkan Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasullulah , maka bagaimana cara kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharapkan alangkah baiknya kalau dia tidak bertanya soalan itu kepada Baginda.
Kemudian barulah baginda bersabda:"Ya Allah selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad , sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad , sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekalian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia . Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui.
(Riwayat Muslim, Abu Daud,al-Nasai,al-Tirmizi)
3- Berselawat ke atas Rasullulah saw adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.
4- Baginda Rasullulah saw adalah penutup seluruh anbiya , baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.
5- Baginda Rasullulah saw adalah pemilik syafaat di mahsyar bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan rasul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.
6- Fadhilat selawat yang sangat agung melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.
Hadis Riwayat Anas bin Malik :
Rasullulah saw berkata :"Alangkah rindunya aku untuk berjumpa dengan saudara-saudaraku."
Lalu seorang sahabat bertanya:"Bukankah kami-kami ini saudaramu ya Rasullulah?"
Rasullulah saw menjawab,"Benar, kalian adalah saudara-saudaraku.Adapun yang kumaksud dengan saudara-saudaraku itu adalah kaum yang datang sesudahku dan beriman kepadaku padahal mereka tidak pernah berjumpa denganku."
Sumber :
Majalah At-Takwa
Cetusan Ilmiah Mukmin
13 comments
Write commentssama-sama kita selawat ke atas Nabi muhammad a.s
ReplySalam shabat,
Replyya...baginda nabi kita, pemimpin dan idola kehidupan. Marilah kita berselawat, semoga kita beroleh syafaat.
mselim.. :)
ReplyAssalamualaikum...
ReplyAlhamdulillah sebagai hambaNya sama sama kita saling mengingati kepentingan selawat ke atas Nabi..terima kasih mselim atas perkongsian ilmu yg sgt berguna
Allahumma solli a'la Muhammad. wa a'la ali Muhammad..
Replysalam tuan muslim
Replyterima kasih, peringatan yang bermakna.....antara kelebihan selawat adalah kita boleh dapat pahala walaupun dalam keadaan berselawat tanpa mengetahui maknanya
perkongsian yang sangat bermanfaat mselim.. selawat ke atas rasulullah saw..
Replysemoga kita mendapat syafaat .
Replyalhamdulillah mselim
Replynice sharing. moga lidah ini kerap bersalawat
terima kasih atas peringtan dan perkongsiannya :)
Replyhati pun tenang bila berselawat :)
ReplyT kasih diatas perkongsian.. sama2lah kita berselawat keatas nabi.. semoga menjadi amalan yg berkekalan utk kita semua.. aamiin.
ReplyAlhamdulillah.. Banyak entri yang bagus untuk dibaca oleh semua golongan.. Syabas mselim..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon