Memang tidak dapat dinafikan dalam mengharungi kehidupan seharian kita ini, kita sering tidak berpuas hati dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada orang lain. Kita jarang rasa bersyukur dengan anugerah yang Allah kurniakan kepada kita, dan kita sering berusaha untuk mengubahnya walau apa pun terjadi. Ini kerana sikap kita yang tidak pernah puas hati dan rasa cukup dengan apa yang ada.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Namun, dalam banyak perkara ada juga perkara yang tidak boleh kita mengubahnya. Dalam hidup ini ada tujuh (7) hal yang tidak boleh kita ubah :
1- Jenis Kelamin atau jantina
Jantina adalah suatu ketentuan yang Allah telah berikan kepada setiap manusia. Samada mahu atau tidak kita hendaklah pasrah dan berbangga kerana diciptakan mempunyai jantina lelaki maupun wanita. Memang ada kita mempersoalkan bahawa jantina boleh diubah melalui pembedahan jantina, tetapi dapatkan kita sebagai manusia mengubah naluri dan fitrah yang telah Allah anugerahkan kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, terimalah seadanya dirimu samada lelaki atau wanita.
2- Orang Tua
Setiap manusia kita semua mempunyai ibu bapa yang telah ditentukan oleh Allah swt. Dapatkan kita mengubah asal kejadian ini. Bersyukurlah dan hargai orang tua atau ibu bapa kita , walau siapa pun 'dia' . 'Dia' adalah orang tua atau ibu bapa kita yang menjaga dan mendidik kita sehingga dewasa.
Kenangilah jasa mereka tanpa mereka siapalah kita. Sila jawab soalan ini siapakah yang melahirkan?
- Perdana Menteri
- Doktor
- Guru
- Akauntan
- Sekalipun seorang tukang sapu
Walaupun, baik atau jahat, cantik atau hodoh,kaya atau miskin, itu adalah tidak penting apa yang penting ibu tetap ibu, dan bapa tetap bapa ia tetap orang tua kita yang tidak dapat kita ubah dalam kehidupan kita hingga akhir hayat kita.
3- Hari kelahiran
Adalah hari permulaan kita dilahirkan di dunia ini sebelum kita dipanggil mengadapnya. Hari lahir ini adalah hari ketentuan yang memang sudah ditentukan dan janganlah sesekali kita menyesalinya.
4- Bentuk Fizikal
Hakikatnya bentuk fizikal kita ini dipengaruhi oleh banyak faktor dan pemakanan kita seharian. Jika kita mempunyai rambut kerinting atau lurus, hidung yang mancung atau pesek,wajah yang nan ayu atau hodoh,kulit putih maupun hitam terimalah seadanya. Dapatkah kita mengubah ciptaan Allah ini?
Dapat...
Tapi bagaimana, adakah ciptaan Allah yang asal menyamai dengan pembuatan tangan-tangan manusia itu. Sudah tentu berbeza bukan!.
Contohnya adakah sama kecantikan hidung yang diciptakan Allah dengan manusia, atau kewangian dan keindahan bunga yang Allah ciptakan dengan manusia. Sudah tentu tidak sama bukan! . Maka bersyukur dengan fizikal yang telah Allah ciptakan untukmu.
Jadilah hamba Allah yang taat dan sujud menghadapNya dengan hati yang pasrah dan ikhlas dalam mengharap keredhaanNya.
5- Masa Lalu
Dapatkah kita mengembalikan masa yang telah kita bazir masa lalu. Sudah tentu tidak kan. Hukamah ada mengatakan kan "Masa itu adalah ibarat mata pedang, potonglah ia sebelum ia memotang kamu". Masa itu adalah emas. Serta pelbagai lagi perihal masa, ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
6- Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan dalam keluarga kita sebagai anak bongsu,anak tengah maupun anak yang sulung ia adalah ketetapan dan kita sebagai manusia biasa tidak dapat untuk mengubahnya. Bolehkah kedudukan ini diubah oleh kita kerana tidak suka atau tidak pasrah pada ketentuan ini. Apa pun yang terjadi, adik mesti menghormati abang, dan abang menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk jadi 'role model' kepada adik-adiknya.
Oleh itu, bersyukurlah dengan gelaran yang anda dapat, dan kedudukan anda dalam keluarga.
7- Suku bangsa
Janganlah kita menyesal menjadi orang melayu,jawa atau cina. Sesuatu bangsa itu mempunyai identiti yang tersendiri dan unik. Sebenarnya suku bangsa itu tidak boleh berubah apa yang boleh kita ubah adalah cara kita berfikir untuk maju dan berjaya.
Jika kita berubah cara kita berfikir, insaallah berubahlah cara hidup kita. Contohnya bangsa melayu duduk di kampung dan bercucuk tanam di kampung. Orang melayu boleh berjaya jika cara kita berfikir dan hingga menyebabkan bangsa melayu maju dan berjaya di mata dunia jika berubah cara berfikir kan! Jika mahu berubah....
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Wassalam....
Kredit : Sumber
25 comments
Write commentsbetul tu mselim...kalau ubah pun takkan sama...
Replymemang bagus. terima kasih...
ReplyAssalammualaikum...faizal,
Replyterima kasih sahabat...
mselim3
Assalammualaikum..kisah sidairy,
Replysama tapi tak serupa...
mselim3
Perkongsian yg baik utk kita fikirkan & buat peringatan. T kasih diatas perkongsian ye saudara :)
Replyperjuangan bangsa harus ditinggalkan
Replyp.s: maksud tersirat tu...hehe
Farid Adam ajak kita terjah..Kenapa Status Glitterati Bertukar Ke Non Glitterati?
Assalamualaikum mselim..
Replyterima kasih atas perkongsian yang baik ni. Sesungguhnya apa yang kita perolehi hari ini baik dari segi harta benda, keluarga mahupun udara yang kita sedut ni merupakan anugerah dan rahmat Allah yang takkan terbalas oleh kita. Maka, wajiblah kita ni sebagai hamba mentaati dan mensyukuri nikmat yang diberi olehNya. Bagaimana?? Mulakanlah dengan mengikuti apa yang disyariatkan olehNya dan jauhkan dari segala laranganNya.
Semoga Allah melindungi kita semua dari kemungkaran dan kesesatan yang nyata dan tidak nyata.
p/s: setuju ngan Farid Adam...perjuangan bangsa harus ditinggalkan hehee
Perkara yang tidak dapat diubah ini seharusnya diterima dengan hati terbuka kerana, jika bertindak mengubahnya, dikhuatiri kelak bakal membawa kita ke kancah kebinasaan.
Replybetul tu mselim.. hanya ciptaan Allah yang terbaik.. jika diubah tetap tidak sempurna seperti yang Allah ciptakan..
Replywah.. really gud info mselim.. i love no. 7.. saya adalah bangsa melayu !! :)
Replysinggah baca & ucap terima kasih sudi mendoakan Adik !
Replylepas baca ni...ubah mood je la boleh hehhheh
ReplySetuju dgn mselim..=D
ReplyAssalam...betul tu mselim walau diubah ciptaan Allah takkan sama...Subhanallah..
Replysetuju sangat.. benda yang tak dapat diubah kita kenalah terima dgn seadanya ..
Replysetuju.. berdosa kalau mengubah kejadian...
Replybetul kan mselim
Replyterima apa adanya kurniaan driNya
yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)
good sharing..
Replypsuing macma mana pun memang dah tak boleh nak ubah dah
Replyalhamdulillah,terima kasih atas perkongsian ini, apapun yang terjadi pada diri kita,bersyukur itu penting ..
ReplyManusia ni kadang kala pelik...yg tidak boleh di ubah itulah nak di ubah.
ReplyAda sebab ianya telah ditetapkan...bersyukurlah.
Terima kasih mselim3, saya amat suka entri ini.
Redha dengan ketentuanNYA.. Insyaallah hidup diberkati..! :D
Replykalau anak bongsu, still boleh tukar.. mana la tau tetiba mak beranak lagi sorang dapat adik baru.. dah x jadi adik ongsu dah.. heheh
ReplyYg baik dtg dr nya
ReplyYg kurang baik dtg dr diri sendiri
Nasib boleh diubah klo berusaha
kalau x berusaha sampai bila pun x kn ada perubahan. :)
Terimakasih agan atas informasinya :)
Replyhttp://goo.gl/zxbefd
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon