Karamah Imam Hanbali - Pengasas Mazhab Hanbali

karamahimamhanbali


Ahmad bin Hanbali yang juga bergelar 'Imam Hanbali' adalah salah seorang daripada 4 Imam Besar mazhab ilmu fiqh dalam sejarah islam. Beliau juga terkenal seorang yang alim dan tegas serta banyak menghafal hadis, selain al-Quran. 



Beliau juga sangat banyak beribadah kepada Allah dan sentiasa takut kepada-Nya. Oleh itu, wajarlah beliau sangat dikasihi oleh Allah, dan kerana itu diberikan kepadanya banyak karamah hingga beliau amat dihormati dan disegani oleh orang ramai. 


Imam Tabrani meriwayatkan bahawa ada seorang ibu yang lumpuh seluruh anggotanya selama 20 tahun, tetapi dengan karamah Imam Hanbali penyakitnya itu disembuhkan oleh Allah. 



Pada suatu hari si ibu menyuruh anak lelakinya pergi menemui Imam Hanbali dan mintalah supaya dia mendoakan ibu. 

Anaknya yang taat itu pun pergi ke rumah Imam Hanbali dan mengetuk pintu rumahnya beberapa kali tetapi ketukannya tidak dijawab oleh sesiapa. Si anak terus mengetuk kerana dia telah berazam akan menyampaikan pesanan ibunya kepada Imam Hanbali. 

Akhirnya dia mendengar suara jawapan dari dalam: "Siapa di luar."

Tetamu itu menjawab :"Ibuku adalah seorang yang lumpuh , dia menyuruh saya kemari supaya tuan mendoakan baginya." 

Imam Hanbali menjawab:"Kami lebih perlu untuk didoakan." 

Mendengar jawapan itu, si anak pun pulang ke rumahnya untuk memberitahu apa yang dikatakan Imam Hanbali. Tetapi sampai sahaja di rumah dia melihat ibunya sedang berjalan. 

Beberapa orang murid Imam Hanbali meriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang lelaki datang ke majlis ilmu imam Hanbali dan bertanya kepada hadirin :"Siapakah diantara kamu Imam Ahmad bin Hanbal?" 

Imam Hanbali menjawab:"Sayalah Ahmad bin Hambali. Apakah yang kamu perlukan dari aku?" 

Orang itu menjawab:"Saya datang dari tempat yang jauh, saya telah melalui daratan dan lautan semata-mata untuk menyampaikan salam seorang lelaki kepada saya:

Tahukah kamu Ahmad bin Hanbali

Saya menjawab:"Tidak". 

Orang itu berkata:"Kalau begitu pergilah ke Baghdad dan jika kamu berjumpa dengannya katakan "Khidhir kirim salam kepadamu. Dan Zat yang memiliki Arasy redha padamu dan para malaikat pun senang dengan kesabaranmu kepada Allah." 

Ibnu Abi Ward pun berkata:"Aku pernah bermimpi menemui rasullulah saw dan aku bertanya padanya: "Bagaimana keadaan Ahmad bin Hanbal?"Rasullulah saw menjawab:"Nanti Musa as akan memberitahu padamu tentang Ahmad." 

"Waktu aku berjumpa dengan Nabi Musa as aku pun bertanya:"Hai Nabi Allah, bagaimana keadaan Ahmad bin Hanbal?

Nabi Musa menjawab:"Dia diuji , baik dalam keadaan senang atau susah, tetapi dia tetap bersabar dan Allah sentiasa bersama orang yang sabar. 

Sumber: 
Buku "Siapakah Wali" 
Halaman 96-97  
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
September 17, 2013 at 1:06 PM delete

seronok membaca entri ni mselim, thanks for the great piece of sharing...

Reply
avatar
September 17, 2013 at 1:59 PM delete

semakin berat ujian yang dihadapi, semakin tinggi makam seseorang

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon