Hikmah Dan Kelebihan Haji

ibadahhaji


Haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Ibrahim as. Fardu haji diwajibkan kepada umat islam pada tahun ke-5H atau 6H. Tetapi mula dilaksanakan ibadah ini pada tahun ke-9H dan pada tahun inilah Rasullulah saw mengarahkan Saidina Abu Bakar as-Siddiq mengetuai satu rombongan umat islam supaya mengerjakan haji. 



Ibadah haji yang disyariatkan ini mengandungi banyak rahsia dan hikmah yang tersembunyi. Diantara hikmah yang dapat diselami ialah : 



1- Melatih umat islam yang berada di alam ciptaan Allah ini bersatu dan meninggikan syiar islam dan berganding bahu untuk menegakkan agama Allah, supaya hubungan diantara masyarakat islam terjalin lebih erat, lebih mesra tanpa mengira warna kulit sekalipun berbeza bahasa,adat,dan kebudayaan sebagaimana firman Allah swt di dalam al-Quran: 

Maksudnya : 
"Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan puak supaya kamu berkenalan diantara satu sama lain . Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang lebih takwanya diantara kamu (bukan keturunan atau bangsanya). 
Sesungguhnya Allah sangat-sangat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuannya." 
(surah al-hujrat ayat 13) 

2- Tegasnya ibadah haji merupakan lambang perpaduan umat islam supaya sentiasa berada dalam ikatan yang kukuh dalam menghadapi cabaran dunia yang bermacam ragam yang cuba hendak menodai dan menjatuhkan maruah umat islam serta kesucian agamanya. 

Umpamanya di Padang Arafah, semangat perpaduan dan persaudaraan umat islam erat sekali sesama manusia tidak kira raja,rakyat biasa,miskin atau kaya semuanya berpakaian seragam berwarna putih bersama-sama mengabdikan diri kepada Allah swt yang maha Esa dan Agung. 

3- Manakala melontar pula adalah lambang kesucian rohani dan jasmani dengan kesabaran menjalankan perintah Allah sebagai tauladan di atas pengorbanan Nabi Ibrahim as sewaktu hendak menyembelih Nabi Ismail as sebagai korban. Di samping itu, syaitan cuba untuk mengoda dengan harapan dapat memperdayakan Nabi Ibrahim. Namun begitu, Nabi Ibrahim as berjaya menangkis godaan syaitan dan kita diperintahkan supaya melakukan ibadah haji ini sebagai lambang ketaatan yang tidak berbelah bagi. 

4-Begitu juga saie, dimana peristiwa Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim as yang berlari berulang-alik dari Safa ke Marwah kerana mencari air di tengah-tengah padang pasir yang kering-kontang untuk minuman anaknya Nabi Ismail as yang baru lahir sehingga terpancar air mata atau air zam-zam dari bumi yang diberkati. Peristiwa ini dapat menanam semangat perjuangan ke dalam jiwa setiap umat islam supaya terus berusaha tanpa jemu menghadapi cabran hidup. 

5- Manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa sekali berbanding dengan makhluk-makhluk Allah yang lain kerana diberikan akal dan nafsu. Dengan ini manusia dinaikkan ke darjat yang tinggi sekiranya menggunakan akalnya dengan sempurna. 

Menunaikan ibadah haji menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra Rasullulah saw bersabda:

"Barang sesiapa menunaikan haji ke Baitullah sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang maka bersihlah ia dari dosanya seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya."
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Serta hadis daripada Abu Hurairah ra bersabda Rasullulah saw : 

"Dosa yang berlaku di antara dua umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balasan bagi haji mabrur melainkan syurga." 
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber : 
Buku Ibadat Haji Umrah dan Ziarah 
Halaman 9-13 
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
September 22, 2013 at 3:27 PM delete

Haji adalah rukun Islam ke 5 yang menjadi kemuncak amal ibadah kita. semua rukun Islam yang ke-empat dirangkulkan semasa menunaikan haji.

Hikmahnya cukup besar disisi Allah. semoga Allah izin saya sampai ke sana.

Reply
avatar
Khairul Zamri
AUTHOR
September 22, 2013 at 7:47 PM delete

Semoga satu hari berkesempatan sy menjejakkan kaki ke kota suci ini aminnnn

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon