"Hanya Allah yang dapat memberi kamu daging panggang itu jika dikehendaki oleh-Nya."

dagingpanggang


Kisah karamah ini adalah kisah seorang wali Allah yang diriwayatkan oleh Al Qusyairi menyatakan bahawa dia pernah melihat Ibrahim bin Adham tidur dalam sebuah kebun, kemudian aku melihat seekor ular merayap ke arahnya. Pada mulanya aku ketakutan tetapi kemudian aku nampak ular itu membawa setangkai bunga Narjis di mulutnya dan menghempuskan baunya yang harum ke hidung Ibrahim bin Adham. 



Imam  Muhammad bin Mubarak meriwayatkan bahawa ketika dia dan Ibrahim bin Adham sedang berjalan ke Baitul Maqdis mereka berhenti berehat di bawah sepohon delima. Tiba-tiba dia mendengar pokok delima itu berkata: 
"Hai Abu Ishak, makanlah buah kami ini, aku ingin buahku dimakan oleh orang yang dikasihi Allah." 

Ketika dalam satu perjalanan lain, mereka berhenti untuk makan dan minum dari bekalan mereka. Ada seorang yang berkata:"Alangkah nikmatnya jika kita dapat memakan daging panggang saat ini." 


Ibrahim berkata:"Hanya Allah yang dapat memberi kamu daging panggang itu jika dikehendaki oleh-Nya." 


Seketika kemudian, mereka melihat seekor unta dikejar oleh seekor singa sehingga unta itu dibaham oleh singa. Kemudian mereka pun, menyembelih daging unta itu dan memanggang dagingnya sedangkan singa tadi hanya berdiri dan memerhatikan mereka. 

Begitulah kisah Wali Allah yang cukup kuat tawakal dan mengharapkan redha Allah kepadanya. Kuat beribadat dan tawakal semata-mata hanya kepada Allah. 

Kisah ini, bukanlah mengajar kita bertawakal dan berserah semata-mata kepada Allah tanpa usaha ikhtiar tetapi melihat daripada sudut bahawa begitulah kasihnya Allah kepada hamba-hambanya yang taat dan tawaduk dalam beribadah kepada-Nya. Jika Allah sudah kasih kepada hambanya maka semua itu tidak mustahil bagi Allah.  

Sekian, wassalam ... 

Petikan : 
Buku "Siapa Wali" 
Halaman 111-112 
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Cendol
AUTHOR
September 19, 2013 at 5:14 PM delete

salam,subhanAllah,hebatnya para wali Allah..nice share mselim3 , moga Allah Redha.

Reply
avatar
Khairul Zamri
AUTHOR
September 19, 2013 at 6:40 PM delete

menarik pnulisan keep it up k :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 19, 2013 at 6:42 PM delete

alhamdulillah
kisah yg menarik dikongsi oleh mselim
semuanya berlaku dgn izinNya
dia maha berkuasa ke atas sesuatu
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
September 19, 2013 at 9:29 PM delete

Keyakinan dan berserah kepada Allah SWT...setelah berusaha, doa dan tawakal...Insyaallah, percayalah...

Reply
avatar
Bahrain
AUTHOR
September 19, 2013 at 11:13 PM delete

tertarik baca entri ni..iman tinggi..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon