Bagaimana Akhlak Rasullulah Saw Dalam Berpakaian.

cararasulullahberpakaian


Rasullulah saw itu mengenakan apa sahaja yang ada. Kebanyakkan pakaian baginda berwarna putih . Pakaian-pakaian baginda itu panjangnya hingga di atas kedua buku lali dan jubahnya dikancingkan tetapi kadang-kadang dilepaskan. Baginda saw mempunyai satu pakaian hitam dan dihadiahkan kepada orang lain. Baginda juga memiliki cincin dan kekadang Baginda saw keluar , di cincinnya ada seutas benang yang diikatkan untuk mengingatkan Baginda tentang sesuatu. Dengan cincin itu Baginda saw menandakan segala surat Baginda. 



Rasullulah saw mengenakan kupiah di bawah serban dan kekadang tanpa serban. Adakalanya kupiah itu dilepaskan dari kepalanya lalu dibuat sebagai had dalam solat di hadapannya atau sutra, kemudian Baginda solat menghadapinya. Apabila Baginda saw memakai pakaian Baginda memulakannya dari bahagian kanan dan mengucapkan : 
doamemakaipakaian
Ertinya : 
"Segala pujian yang telah memberikan pakaian kepadaku,sesuatu yang dapat menutup auratku dan dapat saya gunakan sebagai penghias diri kepada manusia.' 

Jika Baginda saw melepaskan pakaian , maka dilepaskan dari bahagian kirinya dahulu. Apabila Baginda saw mempunyai pakaian yang baru , maka pakaian yang sudah lama itu diberikan kepada orang miskin . Sementara itu Baginda saw juga bersabda : 

"Tiada seorang muslim pun yang memberi pakaian kepada seorang muslim lain kerana Allah dan dilindungi olehNya baik semasa hidup arau setelah mati." 
(Diriwayatkan Hakim dan Bukhari) 

Rasullulah saw mempunyai hamparan yang dibuat dari kulit dan isinya adalah jerami dan juga mempunyai baju yang digunakan sebagai hamparan tidur, dipindahkan ke mana sahaja Baginda pergi ,dibawahnya berkancing. 

Baginda saw mempunyai kebiasaan memberikan nama bintang-binatangnya, pedang dan barang-barangnya. 

Petikan: 

"Buku Intipati Ihya 'Ulumuddin" 
Halaman 655-656
Imam Al-Ghazali 
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Bin Muhammad
AUTHOR
June 14, 2013 at 3:38 PM delete

Amat lengkap sekali perbuatan Rasulullah, nak buka dan pakai baju pun ada aturan dan doa. Jom kita sama2 amalkan...

Reply
avatar
June 14, 2013 at 7:43 PM delete

perkongsian yg sgt berharga :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 16, 2013 at 1:57 PM delete

Salam Selim,

Terima kasih berkongsi hal keperibadian Nabi Muhamad s.a.w.

Contoh terbaik but kita umatnya.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon