Haram Lalu Dihadapan Orang Solat

hukumlaludihadapanorangsolat


Rasullulah saw melarang sesiapa pun berjalan di hadapan seorang yang sedang solat, dalam batas sutrahnya (hadangnya). Perbuatan itu dianggap haram dan berdosa besar. 


Hadis Riwayat Ibnu Majah , Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah menyatakan : 

Rasullulah saw bersabda: "Jika seseorang itu tahu apa yang akan menimpanya (dosa) kerana lalu di hadapan seorang saudaranya yang sedang bermunajat dengan Allah , nescaya berhenti 100 tahun lebih baik daripada melangkah di hadapan orang yang sedang solat."



sutrah
Kata Ibnu Hibban dan beberapa ulama bahawa yang dimaksudkan dalam hadis tadi ialah bila orang yang solat itu meletakkan sutrah atau tanda sempadan di hadapannya ketika dia solat di tempat lapang. 

Maka dilarang keras berjalan di hadapan seorang musalli ialah berjalan di hadapannya di dalam kawasan surahnya atau sujudnya. 

Berhubung dengan larangan ini sebuah Hadis Riwayat Bukhari,Muslim dari Abi Said al Khudri menjelaskan :
"Apabila seorang kamu bersolat dengan mengadakan sutrah (hadangan) di hadapanmu, jika ada orang hendak lalu dihadapanmu hendaklah ditolak dadanya. Jika dia enggan berhenti hendaklah dibunuh (dengan menggunakan kekerasan) kerana orang itu adalah syaitan." 

Para ulama fiqh seperti Asy-Syafii,Malik dan Hanafi yang mencontohi para sahabat berkata, menolak orang yang hendak lalu di hadapan musalli tidak membatalkan solat walaupun berulang kali. 

Yang dimaksudkan dengan sutrah di hadapan seorang musalli ialah apabila solat dilakukan di tanah lapang. 

Jika seseorang itu solat di dalam masjid tidaklah diperlukan sutrah. Maka batas sutrah dalam solatnya ialah kawasan sujudnya. Jika ada orang lalu di dalam kawasan sujudnya dia hendaklah menghalang orang itu dengan tangannya. Dan jika orang itu enggan berhenti hendaklah ditolak dengan keras, kerana orang itu mungkin syaitan berupa manusia. 

Sutrah yang dimaksudkan dalam Hadis tadi adalah sebarang benda yang boleh menjadi tanda kawasan sujud seorang musalli. Tanda itu boleh berupa batu, batang kayu,bantal ataupun binatang tunggangan. 

Imam Ahmad, Abu Daud,An-Nasaa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan hadis dari Ibnu Umar: 
"Adalah Nabi saw apabila berada di tanah lapang pada hari Id,baginda menyuruh orang membawa tongkat. Tongkat itu dipacakkan di hadapan Nabi saw , lalu Nabi saw pun solat dan para sahabat solat dibelakangnya. Nabi saw berbuat demikian dalam safar , kemudian dicontohi oleh para sahabat." 

Dalam hadis lain dari Ibnu Umar juga , katanya : 
"Adalah Nabi saw meletakkan kenderaannya di hadapannya dan solat menghadapinya." 

Dalam riwayat lain dari Al Miqdad Ibnu Aswad dinyatakan bahawa Nabi saw meletakkan kayu atau galah dihadapannya , di kiri sedikit atau kanan sedikit ketika solat dan tidak tepat di hadapannya. 

Petikan : 

Buku "Solat Rasullulah" 
Mustaffa Suhaimi
Halaman 88-91
Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
Cik Nor
AUTHOR
March 12, 2013 at 10:49 AM delete

Thanks for sharing..:)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 12, 2013 at 11:28 AM delete

syukran tuan...info yg baik

Reply
avatar
SURI
AUTHOR
March 12, 2013 at 11:36 AM delete

salam.buatlah kerana ikhlas dan redanya mesti amalan yng dibuat diterima olehNYA

Reply
avatar
Ratu Hatiku
AUTHOR
March 12, 2013 at 11:39 AM delete

Saya selalu anak yg kecik duduk depan bila time solat..

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
March 12, 2013 at 1:10 PM delete

ok kena ambil perhatian ni..done kotex & dsyr

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
March 12, 2013 at 4:17 PM delete

Kena ambil perhatian Perkara ni kan..

Reply
avatar
Zam
AUTHOR
March 12, 2013 at 9:44 PM delete

kdg2 ada yg masih tak tahu atau buat2 tak tahu.. huhu

Reply
avatar
Maiyah
AUTHOR
March 12, 2013 at 11:01 PM delete

assalam.. terima ksih dgn perkongsian ni :)

Reply
avatar
arzmoha
AUTHOR
July 24, 2014 at 1:54 AM delete

bab jadis yang menyatakan boleh dibunuh itu benarkah?
sekadar bertanya takut ada salah faham dari maksud hadis itu

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
July 24, 2014 at 9:45 AM delete

Assalammualaikum... arzmoha,

kalau ikut hadis yang diriwayatkan begitulah.. tetapi kebiasanya bila ada orang lalu maka boleh ditegah atau dihalang dengan menghulurkan tangan atau tolak dengan tangan sebagai tanda "jangan lalu" tempat orang solat. Pasal bunuh di Malaysia nie tak ada buat..dan tak pernah tengok negara islam yang lain buat. Kebiasaannya apabila orang yang lalu dihadapan orang solat apabila sudah ditahan .. mereka tak lalu lagi dah...
Tetapi keadaan atau kedudukan orang solat tu kena ambil kira jugak, ada jugak orang yang solat di tengah2 orang lalu lalang.. tetapi sebagai menghormati orang solat elakkan lalu terlalu hampir dengan orang solat.

mselim3

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon