Badan yang sihat memudahkan kita beribadah. Membantu kita untuk beribadah dengan sempurna dan mendorong untuk khusyuk. Lantaran itu perlulah diambil berat amalan tentang menjaga kesihatan kita. Dalam menjaga kesihatan , faktor makanan, pantang larang dan riadah perlu dititik beratkan .
Diantara perkara atau amalan tertentu yang perlu diawasi dan dilakukan bagi menjaga kesihatan ialah ;
1- Menjauhi Makanan Panas
Untuk mentafsirkan bacaan-bacaan di dalam solat, elakkan dari memakan makanan yang masih panas (baru masak) kerana ia mengeraskan lidah yang menyebabkan kita susah untuk menyebut mahraj dan kalimah al-Quran dengan tepat dan lancar mengikut tajwidnya.
2- Menjaga Adab Ketika Makan dan Minum
Makan minum juga ada adabnya yang tersendiri . Menurut hukum fekah disunatkan menghirup minuman dan makanan berkuah seperti sup sebanyak tiga kali. Bukan dengan meneguk sekaligus tanpa henti-henti kerana dibimbangi mendatangkan penyakit ulu hati. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud :
"Apabila kamu minum air maka minumlah dengan cara menghirupnya. Sesungguhnya minum yang tidak menghirup itu mewarisi penyakit hati."
Selain dari itu, seorang sahabat Nabi saw bernama Abu Qatadah pernah menyatakan bahawa Rasullulah menegah perbuatan bernafas di dalam air semasa minum kerana semasa itu kita mengeluarkan gas karbon dioksida dari dalam badan. Bila kita kerap mengamalkannya dan lain-lain perkara makruh maka tidak hairanlah ramai dikalangan kita di akhir zaman ini di anggapi penyakit yang pelik-pelik yang menyebabkan lalai dalam solat.
3- Berdehem Melawaskan Pembuangan Air
Sebelum bersolat, kita digalakkan beristinjak terlebih dahulu . Ketika masuk ke tandas hendaklah menutup kepala, memakai selipar dan berdoa. Selepas membuang air kecil hendaklah berdehem sekurang-kurangnya 3 kali supaya air kencing benar-benar tus sebelum mengambil wuduk.
Bagi wanita yang telah melahirkan anak digalakkan melangkah sebanyak 40 kali kemudian berdehem semula sebelum berwuduk kerana ibu-ibu yang pernah hamil selalunya akan menghadapai masalah tidak lawas pembuangan air kecil.
Ketika membuang air besar , siku kiri boleh membantu melawaskan pembuangan air besar dengan menekan bahagian bawah perut. Bagi yang belum biasa melakukannya akan merasakan terlalu sukar , tetapi inilah sunnah yang boleh mengatasi masalah sembelit.
Amalan bertinggung biasanya boleh membantu terutama orang yang mengalami penyakit buasir. Kuman-kuman dari lubang tandas akan mudah masuk ke dubur berikutan terlalu hampir dengan lubang tandas. Jika anda bermusafir di dalam hutan, ikutlah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullulah saw kerana kaedah ini (amalan bertinggung) boleh menyelamatkan diri dari digigit oleh serangga yang melata .
Ketika menyuci najis pula, masukkan seruas jari tengah (kiri) ke dalam dubur bersihkanlah najis-najis yang melekat di kawasan itu. Jangan basuh hanya di kawasan luar dubur saja.
Sebelum keluar tandas jangan lupa membasuh kaki , ini boleh mengelakkan sakit kepala . Sebagaimana sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Membasuh dua tumit kaki dengan air sejuk selepas keluar dari bilik air boleh menggelakkan sakit kepala."
4- Bersugi Sebelum Solat
Amalan sugi atau memberus gigi selain daripada mendapat pahala , ia menjaga kebersihan gigi. Bersugi adalah sunat ketika hendak mendirikan solat, membaca al-Quran, apabila mulut berbau, selepas makan, bangun dari tidur dan apabila hendak tidur. Ia bertujuan menjaga kebersihan gigi dan Allah akan memberikan pula ganjaran pahala.
Jika sakit gigi , ia akan menganggu khusyuk dalam melaksanakan ibadah solat dan ibadah-ibadah lain. Dalam keadaan sakit gigi bukan sahaja tidak khusyuk solat jika tidak sungguh hati untuk melaksanakannya.
5- Menjauhi Makanan Yang Haram
Menjauhi makanan yang diharamkan , selain daripada menjaga hati supaya tidak gelap ia bertujuan menjaga kesihatan . Misalnya makanan yang memabukkan jika dimakan akan menyebabkan sakit kepala,khayal, mengantuk dan lupa. Makanan beracun jika dimakan boleh menyebabkan maut atau penyakit .
Islam menyuruh umatnya supaya mengambil makanan yang baik-baik untuk menjaga kesihatan manusia itu sendiri . Badan sihat, hati pun sihat, mudah menerima kebaikan dan memperoleh khusyuk dalam ibadah.
Petikan :
Buku "Khusyuk Dalam Solat"
Muhammad Uqbah An Nafiq
1 comments:
Write commentsthanks for sharing..:)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon