Rasullulah Saw adalah sefasih-fasih manusia dalam percakapan dan manusia yang paling manis perkataannya. Bahkan baginda saw menjelaskan perkara itu dan bersabda:
Ertinya :
"Saya adalah sefasih-fasih bangsa Arab"
(Diriwayatkan oleh Thabrani)
Dalam berkata-kata Baginda saw sentiasa menggunakan jawami'ul kalim yakni kalimah yang ringkas tetapi padat isinya. Percakapan tidak dilebihkan atau dikurangkan, bagi mereka yang mendengarnya akan mudah mengingati dan menghafalnya . Suaranya cukup kuat dan amat indah nadanya.
Baginda saw tidak berbicara melainkan dalam perkara yang perlu sahaja. Rasullulah saw akan selalu berkata benar dalam setiap masa samada marah atau ketika gembira. Baginda saw juga akan mengingatkan orang yang kasar dalam perbicaraannya. Apabila sesuatu itu kurang sopan tetapi tidak boleh tidak mesti dikatakan. Maka baginda Rasullulah saw akan menggunakan kata sindiran (kinayah).
Apabila baginda saw selesai berbicara , barulah sahabatnya itu bercakap-cakap diantara mereka, tidak ada seorang pun yang berani melawan Baginda dalam percakapan dan Baginda saw memberi nasihat dan petunjuk dengan bersungguh-sungguh .
Rasullulah saw banyak tersenyum, banyak ketawa di hadapan sahabat-sahabatnya. Kekadang-kadang Baginda saw menampakkan kehairanan sewaktu sahabat-sahabatnya itu berbicara , bahkan kekadang ikut sama dalam perbicaraan mereka. Dalam ketawa Baginda kadang-kadang kelihatan giginya. Sahabat-sahabat Baginda saw itu apabila ada di hadapannya , mereka hanya senyum kerana mengikut sikap Rasullulah saw dan untuk menghormatinya. Apabila ada suatu bencana yang menimpa diri Baginda . Rasullulah saw selalu bertawakal kepada Allah swt dan menyerahkan urusan itu kepada-Nya dengan berdasarkan Allah swt dan memohon agar diturunkan petunjuk kepadanya. Baginda saw mengucapkan .
Ertinya :
"Ya Allah , Tuhan Jibril,Mikail, dan Israfil Maha Pencipta semua di langit dan di bumi, mengetahui segala yang ghaib dan yang jelas. Engkaulah yang menghukum antara sekalian hambaMu dalam apa sahaja yang mereka perselisihkan. Berilah saya petunjuk, mana yang hak(benar), dan apa yang diperselisihkan itu dengan izinMu, Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada orang yang Engkau memberi petunjuk kepada orang yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus."
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Petikan:
Buku " Intipati Ihya'Ulumuddin"
Karangan Imam Al-Ghazali
Halaman 651-652
4 comments
Write commentsSalam mselim3,
ReplyBenar...Rasullullah adalah contoh ikutan terbaik...setiap perlakuan mahu pun dalam beribadat.
thanks for sharing mselim...
Replyterlalu baik akhlak rasulullah...sy ada buku Biografi Agung Rasulullah...memang jatuh cinta la :)
ReplyAssalamualaikum,
Replysalam ukhuwah dari bunda dan salam kenal...
satu perkongsian yg sangat bermanfaat...terima kasih..
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon