MUKZIJAT 3- PENGALAMAN MAISARAH

kisahmukjizatnabi

Sesungguhnya Maisarah hamba Siti Khadijah merasakan banyak keajaiban yang dilihatnya ketika bersama dengan Nabi Muhammad dalam mengadakan perjalanan ke negeri Syam. Di antara keistimewaan dan keajaiban yang dapat dirasakan ialah:

  • Maisarah selalu diliputi oleh suasana gembira, bahagia dan perasaan yang senang lainnya, yang selama ini belum pernah ia rasakan.
  • Tidak merasa penat dan letih, takut dan cemas serta gelisah selama dalam perjalanan itu.
  • Kenderaan yang mereka naik tidak seperti biasa. Malah, semuanya berjalan dengan kuat dan penuh semangat.
  • Barang-barang yang mereka bawa habis semuanya dengan masa yang singkat. Begitu juga mereka memperoleh untung yang banyak.
  • Maisarah meyakini bahawa Nabi Muhammad memiliki sifat-siat yang tidak dimiliki oleh orang lain, seperti akhlak karimah.
  • Nabi Muhammad selalu jujur, tulus dan ikhlas, serta pandai dalam pergaulan dan disenangi oleh semua orang.


Setelah semua barang-barang selesai dijual, maka mereka pun menyiapkan diri untuk kembali ke Kota Makkah. Maisarah melihat ke atas, ternyata awan putih telah menunggu untuk memayungi perjalanan mereka. Di Makkah, Siti Khadijah telah menunggu kepulangan Nabi Muhammad dan Maisarah serta pekerja-pekerja yang memantu perniagaan tersebut. Khadijah gembira dengan keuntungan yang diperolehi. Khadijah memuji kepintaran Rasulullah dalam berniaga.


Akhirnya, baginda memohon diri untuk pulang ke rumah baginda. Setelah kepergian Rasulullah tersebut, Siti Khadijah ingin mendengar cerita tentang Nabi Muhammad selama perjalanan yang mereka lalui. Mendengar cerita tersebut, Siti Khadijah merasakan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang insan yang terbaik pilihan Allah swt.


kembali ke himpunan mukjizat
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon