Ketika saat sampainya pengangkatan baginda sebagai Rasulullah, baginda tidak suka dengan keriuhan dan keramaian serta kesibukan Kota Makkah. Nabi Muhammad suka menyendiri, duduk di dalam gua dan sebagainya, sehingga berbulan-bulan lamanya. Baginda senang menyaksikan keindahan alam dan persekitarannya. Kadang-kadang Baginda berjalan-jalan di kampung-kampung untuk menikmati alam ciptaan Allah SWT.Batu–batu dan pohon-pohon kayu mengucapkan salam kepada baginda. Baginda menoleh ke kanan dan ke kiri, tidak ada seorang manusia pun berada di sana. Kecuali hanya pohon-pohon kayu dan batu-batu sahaja. Baginda sering bermimpi dengan perkara yang benar-benar akan terjadi. Jika baginda bermimpi pada malam hari, maka mimpi tersebut akan terjadi pada siangnya.
Mimpi tersebut bukan perkara yang samar-samar, melainkan perkara yang jelas di lihat dan dirasakan oleh baginda. Dengan kejadian-kejadian yang aneh dan menakjubkan ini membuat Nabi Muhammad SAW suka mengasingkan diri dan sentiasa berada di gua Hira’ sehingga turunlah wahyu yang pertama kali iaitu surah “Al-Alaq”. Wahyu ini sebagai bukti pengangkatan baginda sebagai Rasulullah saw, merupakan utusan Allah untuk seluruh umat manusia. Baginda sebagai pembawa agama yang benar, sebagai rasul terakhir dan ajarannya akan terus dilaksanakan hingga dunia kiamat.
kembali ke himpunan mukjizat
kembali ke himpunan mukjizat
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon