Pada suatu hari Halimah Assa’diyah menunggang seekor keldai dan suaminya menunggang kuda betina, iapun berangkat menuju Kota Makkkah bersama dengan wanita-wanita tukang susu yang lain. Kebiasaannya, wanita-wanita Arab Quraisy pergi ke tempat yang jauh untuk mencari hasil yang lebih.
Mereka berusaha mencari anak-anak orang kaya untuk mengambil upah menyusukan mereka. Haliamah Assa’diyah menunggang keldai yang lemah dan tidak bermaya, begitu juga suaminya, sehingga mereka ketinggalan jauh di belakang.
Teman-temannya telah sampai di Kota Makkah terlebih dahulu untuk mencari anak susuan atau anak untuk diasuh dan dijaga. Pada mulanya Halimah Assa’diyah menolak tawaran Aminah, bonda Rasulullah namun setelah puas mencari yang lain tetapi tidak jumpa, barulah ia mencuba untuk mengambil Nabi Muhammad sebagai bayi jagaannya. Halimah Assa’diyah berkata kepada suaminya bahawa ia tidak mahu pulang dalam keadaan hampa.
Suaminya pun setuju dengan harapan Allah akan memberkahi mereka.Ketika Halimah Assa’diyyah ingin menyusukan baginda, tanpa diduga tiba-tiba air susunya menjadi banyak. Padahal sebelum ini air susunya sedikit sahaja dan tidak cukup untuk keperluan bayinya sendiri. Setelah ia menyusukan anak Siti Aminah, anaknya sendiri merasa kenyang, sedangkan ia masih sanggup untuk memberikan susu kepada anaknya dan Nabi Muhammad.
Begitulah keajaiban yang terjadi dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad ketika di bawah jagaan ibu susuannya. Suami Halimah Assa’diyah dapat merasakan bahawa kehadiran anak yatim tersebut membawa berkat yang tidak diduga-duga.
Setelah itu, berangkatlah Halimah Assa’diyah bersama suaminya dan Nabi Muhammad menuju ke kampung mereka. Di dalam perjalanan, unta yang tua tadi dapat berlari dengan laju sehingga kawan-kawan mereka ketinggalan di belakang. Setelah sampai di kampung halaman, kehidupan Halimah Assa’diyah serta keluarganya sentiasa merasakan kedamaian dan kegembiraan.
Segala keperluan dan rezeki mereka dapat dengan mudah. Begitu juga kambing-kambing mereka menjadi gemuk dan banyak susunya sehingga sahabat-sahabat mereka di kampung itu menjadi hairan.
Mereka berusaha mengikuti tempat makan kambing-kambing Halimah, namun kambing-kambing mereka tetap kurus, kerana ketika itu musim kemarau.
Segala keperluan dan rezeki mereka dapat dengan mudah. Begitu juga kambing-kambing mereka menjadi gemuk dan banyak susunya sehingga sahabat-sahabat mereka di kampung itu menjadi hairan.
Mereka berusaha mengikuti tempat makan kambing-kambing Halimah, namun kambing-kambing mereka tetap kurus, kerana ketika itu musim kemarau.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad pergi bersama-sama dengan saudara sesusuannya untuk mengembala kambing. Ketika sampai di tanah lapang, dimana kambing-kambing sedang menikmati rumput-rumput yang hijau, maka datanglah dua orang yang berpakaian putih menghampiri Nabi Muhammad. Lalu Nabi Muhamad dibaringkan dan di belah bahagian perut baginda. Saudara sesusuannya berlari meninggalkan Nabi Muhammad untuk menemui ayah dan ibunya dan memberitahu tentang apa yang mereka lihat.
Halimah Assa’diyah dan suami pergi menemui Muhammad di tanah lapang dalam keadaan seperti biasa. Dengan perasaan senang hati, dia memeluk Nabi Muhammad dan menciumnya, sambil bertanya tentang apa yang telah terjadi ke atas diri Nabi Muhammad.
Halimah Assa’diyah dan suami pergi menemui Muhammad di tanah lapang dalam keadaan seperti biasa. Dengan perasaan senang hati, dia memeluk Nabi Muhammad dan menciumnya, sambil bertanya tentang apa yang telah terjadi ke atas diri Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad pun menceritakan bahawa ada dua orang lelaki yang berpakaian putih menghampirinya dan membedah perutnya. Mereka membawa bekas yang dibuat daripada emas dan di dalamnya berisi air yang sangat sejuk (air zamzam). Mereka mengambil darah berwarna hitam dan membuangnya. Dua orang lelaki berpakaian putih itu berkata bahawa darah hitam itu adalah sarang syaitan. Lalu mereka membersihkan hati baginda dengan air yang sejuk itu, kemudian menutup perut baginda seperti sedia kala. Mereka mencium dahi di antara dua mata baginda dan memeluk baginda. Akhirnya merekapun pergi dan lenyap dari pandangan mata.
Halimah Assa’diyah betul-betul merasa hairan dengan berbagai keajaiban dan kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad ketika masih kanak-kanak lagi. Menurut sangkaannya bahawa Nabi Muhammad akan berumur panjang dan akan menjadi seorang pemimpin besar yang berpengaruh. Siang malam ia memperhatikan tingkah laku Muhammad bagaikan anak kandungnya sendiri.
Setelah itu, ia merasa khuatir akan keselamatan Nabi Muhammad, akhirnya mereka berhajat untuk pergi ke Kota Mekah untuk menyerahkan Nabi Muhammad kepada bonda kandungnya, Aminah.
kembali ke himpunan mukjizat
Setelah itu, ia merasa khuatir akan keselamatan Nabi Muhammad, akhirnya mereka berhajat untuk pergi ke Kota Mekah untuk menyerahkan Nabi Muhammad kepada bonda kandungnya, Aminah.
kembali ke himpunan mukjizat
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon