Sikap permusuhan masyarakat kafir Makkah semakin menjadi-jadi terhadap Rasulullah dan pengikut Islam yang lainnya. Mereka sentiasa berusaha untuk menghalangi perkembangan Islam. Mereka juga berusaha untuk meracuni pemikiran kawan-kawan mereka agar berusaha sedaya upaya untuk menyakiti hati baginda.
Oleh sebab itu, mereka pernah memberi cadangan kepada Utbah dan Utaibah agar menceraikan isteri mereka iaitu Ummu Kalsum dan Ruqaiyah. Mereka pun menerima cadangan orang-orang kafir laknatullah itu.
Lalu, Utbah dan Utaibah pergi menemui Rasulullah dengan membawa kedua orang puteri baginda. Mereka berkata “Wahai Muhammad, aku ceraikan puterimu dan aku tinggalkan agamamu serta aku tidak akan mengikutimu selama-lamanya.” Kemudian baginda pun berdoa agar mereka di makan singa. Pada suatu hari, Utbah berniaga ke negeri Syam bersama dengan rombongan kafilah yang menunggang unta.
Di tengah-tengah perjalanan ada singa yang meraung-raung di hadapan mereka. Dia ingin meneram Utbah, sehingga ia teringat akan doa Nabi Muhammad, dan masih memiliki harapan agar doa Rasulullah itu ditarik balik.
kembali ke himpunan mukjizat

Sahabat-sahabat Utbah berusaha menghalangi Utbah daripada diserang singa tersebut. Akhirnya singa tersebut lari menghilangkan diri. Ketika malam telah datang, ketika semuanya telah tidur lena, tiba-tiba singa tadi datang menghampiri Utbah dan menerkamnya hingga mati. Sesungguhnya Allah SWT beserta para Rasul-Nya dan akan mengabulkan setiap doa-doa Rasul-Nya.
kembali ke himpunan mukjizat
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon