MUKJIZAT 8- BULAN TERBELAH DUA

bulan terbelah dua
Pada tahun kesembilan kenabian, suatu hari Rasulullah diminta oleh orang-orang kafir Quraisy Makkah agar menunjukkan bukti bahawa ajaran Islam yang dibawa oleh baginda benar-benar utusan Allah. 

Suatu bukti bahawa ajaran Islam yang dibawa oleh baginda bukan dari pemikiran baginda sahaja akan tetapi murni daripada Allah SWT. Kemudian Rasulullah disuruh membelah bulan. Akhinya Rasulullah membelah bulan dengan tangannya sehingga terbelah dua. Lalu Rasulullah SAW bersabda “Saksikanlah bukti kebenaran itu.”


Orang-orang kafir Makkah sungguh merasa hairan dengan bukti yang mereka saksikan. Hati nurani mereka mengakui bahawa Nabi Muhammad seorang yang benar dan jujur, namun kerana kekafiran yang ada di dalam hati, mereka berusaha untuk mengelak dari kebenaran itu. 

Mereka menangguhkan pernyataan bahawa Nabi Muhammad SAW itu benar-benar seorang Nabi dan rasul yang diutus oleh Allah SWT. Dengan alasan bahawa mereka sedang menunggu kedatangan kalifah dari Syam. Bahkan mukjizat Nabi tersebut ada yang menganggapnya suatu kebohongan dan sihir. Setelah kalifah Syam memasuki Kota Makkah, mereka pun bertanya kepada kalifah tersebut “Apakah tuan-tuan juga melihat bahawa bulan terbelah dua?” Mereka menjawab bahawa memang mereka menyaksikan pemandangan itu.


Bukti itu juga masih tidak dapat memberikan kepercayaan kepada kafir Makkah sehingga mereka sanggup mengatakan bahawa Rasulullah memperdaya mereka dengan ilmu sihir. Inilah sebagai bukti terhadap hati yang tidak dapat nur hidayah atau cahaya petunjuk. Kejujuran telah mereka saksikan dan mukjizat-mukjizat yang benar telah mereka lihat, namun hati mereka tetap keras seperti batu. Kebenaran mereka nafikan dan mukjizat-mukjizat Rasulullah mereka anggap sihir, akhirnya mereka ada yang tetap tergolong kafir hingga akhir hayatnya.

kembali ke himpunan mukjizat
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon