Dendam yang membara di sanubari penduduk Makah masih belum padam, sebab kekuaan mereka alami kekalahan dalam Perang Badar, dan tidak memperoleh kemenangan mutlak dalam Perang Uhud. Akhirnya mereka merencanakan untuk berperang lagi dengan kaum muslimin. Kekuatan mereka ketika ini bertambah besar, mereka mengumpulkan angkatan perang yang ada di semenanjung Arabia berkumpul satu, di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb. Usaha mereka itu diketahui oleh Rasulullah SAW, lalu baginda bermesyuarat dengan para sahabat untuk menghadapi kekuatan tentera musuh.
Di antara mereka ada yang bependapat bahawa sebagai seorang muslimin kita harus berani dan kita harus keluar memerangi mereka. Ada juga yang berpendapat agar pihak kaum muslimin hanya menunggu dan bertahan daripada serangan mereka. Kemudian Salman Al Farisi pun datang, setelah ia mendengar para sahabat yang lain maka iapun berkata di hadapan Rasulullah “Wahai Rasulullah, kami pernah hidup di negeri Persia, apabila menghadapi musuh-musuh yang lebih besar, kami akan menggali parit yang memanjang mengelilingi kota.” Pendapat Salman tersebut diterima oleh baginda, kemudian seluruh kaum muslimin bekerja menggali parit. Ketika menggali, Salman menemui sebuah batu besar yang berwarna putih dan besar, yang sangat keras dan sukar untuk dipecahkan.
Ramai para sahabat mencuba untuk menolaknya, namun tidak bergerak sedikitpun. Lalu batu itu dipukul, namun tidak pecah. Mereka tidak berani untuk mengatakan perkara itu dengan Rasulullah. Setelah semua sahabat merasa tidak mampu untuk memindahkannya dan memecahkannya, barulah mengadukan perkara itu dengan Rasulullah. Rasulullah mengambil pemukul tadi dari tangan Salman Al Farisi. Dengan sekali pukulan sahaja batu itu menjadi retak dan memancarkan sinar lalu baginda bertakbir, kemudian takbir para sahabat pun bergema.
Setelah keadaan menjadi tenang kembali, Rasulullah SAW memukul batu itu untuk kali yang kedua dan sampai pukulan ketiga barulah batu itu pecah berserakan. Batu yang keras dan besar itu akhirnya takluk dengan tangan manusia yang selalu dekat dengan Allah SWT sebagai pencipta batu tersebut. Setelah itu Rasulullah bersabda “Pada pukulan pertama ada sinar, sehingga aku dapat memandang istana-istana Al Hirah dan kota-kota Persia seolah-olah ekor anjing. Jibril memberitahu kepadaku bahawa umatku mampu akan menguasai tempat-tempat tersebut. Pada pukulan kedua ada pancaran sinar lagi, aku dapat melihat istana-istana yang menjulang tinggi di daerah Romawi bagaikan ekor-ekor anjing. Jibril memberitahu kepadaku bahawa umatku akan dapat menduduki daerah tersebut. Pada pukulan ketiga ada pancaran sinar, dan aku dapat melihat istana-istana kota Shan’a di Yaman. Jibril memberitahu kepadaku bahawa umatku akan mampu menaklukkan mereka. Oleh sebab itu, bergembiralah kamu.” Para sahabat ketika itu sangat senang mendengar kejaaan yang akan diterima oeh kaum muslimin seperti yang dikisahkan oleh baginda. Mereka mengucapkan Alhamdulillah atas janji-janji Allah Yang Maha Benar.
kembali ke himpunan mukjizat
kembali ke himpunan mukjizat
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon