Salman Al-Farisi

salmanalfarisi


Salman Al-Farisi adalah salah satu daripada Sahabat Nabi. Salman Al-Farisi adalah sahabat yang paling menonjol dan sangat-sangat disayangi oleh Rasullulah saw disebabkan kerana keberanian ,keikhlasan serta sifat zuhud terhadap kesenangan dunia. Salman Al-Farisi seorang sahabat yang sangat kuat beribadat, merendah diri dan seorang yang zuhud, tidak mencintai dunia dan tidak tertarik kepada kesenangan duniawi. 


Salman Al-Farisi asalnya adalah beragama Majusi sebelum memeluk islam. Beliau mengembara ke negeri Syam kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari ketenangan mencari hidayah ilahi. Ketika mula-mula memeluk islam Salman menjadi hamba kemudian Rasullulah menganjurkan agar Salman Al-Farisi dibebaskan. Beliau terkenal kerana mempunyai sifat takwa dan zuhudnya, dan pernah hidup serumah dengan Abu Darda yang terkenal sebagai seorang ahli sufi dan banyak meriwayatkan hadis Rasullulah saw. 

Kemudiannya, Salman Al-Farisi juga menjadi tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan hadis Rasullulah saw kerana beliau banyak bergaul dengan Rasullulah saw. Beliau hidup di zaman Rasullulah saw sehingga sampai ke zaman pemerintahan Khalifah Islam yang ke tiga iaitu Saidina Uthman bin Affan. 

Beliau telah memainkan peranan yang besar ketika berlakunya Perang Khandak. Ketika itu Salman Al-Farisi mencadangkan agar kaum muslimim menggali parit di sekeliling Kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang kianat. 

Atas cadangan Salman Al-Farisi ini tentera islam berjaya bertahan dari dalam Kota Madinah. Abu Sufyan Al-Harb selaku ketua puak Musyrikin ketika itu telah mengepung Kota Madinah dengan bala tenterannya selama sebulan akhirnya terpaksa berundur setelah kehabisan bekalan selain serangan angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.  
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
August 4, 2014 at 4:32 PM delete

Assalaamualaikum mSelim. Semoga akan dilahirkan beribu-ribu lagi Salman Al Farisi bagi menentang kezaliman ke atas umat Islam di era moden ini. Amiin

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
August 4, 2014 at 4:39 PM delete

terima kasih atas perkongsian..:)

Reply
avatar
ZaridaIshak
AUTHOR
August 4, 2014 at 5:39 PM delete

As salam,
saya tag mselim untuk ga ini... harap sudi menyertainya. TQ
http://yangbaik.blogspot.com/2014/08/fantastic-giveaway-by-fr.html

Reply
avatar
Jejari Menaip
AUTHOR
August 4, 2014 at 9:08 PM delete

Assalamualaikum Mselim3..

perkongsian yg betol2 bermanfaat..mengenali sahabat2 rasulullah saw..terima kasih atas perkongsian ini

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 5, 2014 at 12:37 PM delete

terbaik sahabat :) thanks shared this

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
August 5, 2014 at 4:58 PM delete

ms sekolah ren agama dulu, ustzah ada cerita psl beliau. kami igt lg, punya bersungguh ustz tu lukis gamabr parit semata2 nk fahamkan kami ttg perang khandak

Reply
avatar
August 5, 2014 at 5:31 PM delete

Perkongsian yang baik untuk kitasemua

Reply
avatar
August 5, 2014 at 5:31 PM delete

Salman Al Farisi ..salah seorang sahabat Rasulullah SAW sentiasa kuat dalam beribadat ..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
August 6, 2014 at 10:14 AM delete

Assalamualaikum...
Sekarang ini byk yg beridolakan Salman Khan, sepatutnya Salman Al Farisi inilah yg menjadi idola buat kita semua.

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
August 8, 2014 at 4:20 PM delete

Pertama kali baca kisah beliau..terima kasih kongsikan..

Reply
avatar
Cik Itah
AUTHOR
August 11, 2014 at 4:26 PM delete

salam. sy kagum dengan salman al-farisi ni...

perkongsian yang bermanfaat :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 11, 2014 at 11:06 PM delete

Perkongsian yang sangat bermanfaat, sejarah Islam yang hebat.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon