2 Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

mata yang tidak disentuh api neraka



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.    

                                                                                                        [HR: Tirmidzi]


Menangis adalah fitrah manusia andaikata tersentuh perasaannya. Menangis ini biasanya terjadi andainya kita terlalu bersedih dan kekadang jika terlalu gembira pun kita akan menangis mengalirkan air mata. Tetapi adakah kita hanya menangis ketika kita suka atau gembira, hakikatnya menangis ini terjadi andai kita terlalu takut atau takjub pada sesuatu.

Maka menangislah kerana takut dan takjub akan kebesaran Allah yang telah menciptakan kita semua di dunia ini sebaik-baik kejadian. Tidakkah kita patut berasa syukur banyak-banyak dan mengagungkan Allah swt.

Mata yang menangis kerana takutkan Allah ini adalah jenis yang tidak banyak dimiliki oleh banyak orang. Hanya mereka yang mempunyai hati yang suci bersih daripada segi rohani dan jasmaninya serta diiringi dengan rasa takut kepada Allah swt. Barulah nilai air mata yang mengalir kerana takutkan kebesaran dan keagungan Allah itu besar nilainya disisi Allah. 

Menangis kerana takut kepada Allah adalah diantara sifat orang-orang mukmin. Orang yang tidak mampu mengalirkan air mata kerana keEsaan dan KeagunganNya adalah tandanya memiliki hati yang keras. Kerasnya hati manusia itu banyak dipengaruhi oleh sebab banyaknya dosa yang disebabkan bahan makanan daripada sumber yang haram,lupa pada kematian,terlalu panjang angan-angan serta terlalu cintakan dunia. Cinta dunia adalah pangkal segala kekeliruan.

"Sesungguhnya orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan sebelumnya apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah mereka sambil bersujud dan mereka berkata:"Maha Suci Tuhan Kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi." Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." ~al-Isra :107-109~

"Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah hingga susu kembali ke payudara. 
(HR: Tirmizi dan Nasai) 

Ada banyak jenis tangisan diantaranya seperti yang disebutkan Yazid, beliau berkata :"Menangis itu ada tujuh macam (7) : 

  1. Menangis kerana bahagia. 
  2. Menangis kerana sedih
  3. Menangis kerana takut 
  4. Menangis kerana riyak
  5. Menangis kerana kesakitan 
  6. Menangis kerana syukur 
  7. Menangis kerana takut kepada Allah. 
Menangis kerana takutkan Allah inilah yang dapat memadamkan api yang besarnya seluas lautan." 

Rasullulah saw bersabda : 
"Tidak ada sesuatu yang lebih Allah sukai selain dua titis dan dua jejak , titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah." 
(Riwayat Tirmizi

Jenis mata yang kedua ini yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Iaitu seseorang yang sanggup mengorbankan sisa malamnya hanya semata-mata beribadah mendekatkan diri kepada Allah di mana orang lain sedang nyenyak tidur di perbaringan. Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan solat-solat sunat dan zikir-zikir yang dapat melembutkan hati yang keras. Merasakan diri ini adalah sebagai hambaNya yang lemah yang hanya meletakkan harapan semata-mata kepada Allah dan mengharapkan ikhsanNya. Percayalah dan berharaplah bahawa sesungguhnya besarnya dosa kita ini besar lagi pengampunan Allah kepada hambanya. Kita masuk syurga kerana ikhsanNya dan masuk neraka kerana keadilanNya.   

Dua mata ini pada hari kiamat yang akan mendapat naungan yang tidak akan ada naungan melainkan naungan Allah SWT. 

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim disebutkan bahawa ada tujuh (7) golongan manusia yang Allah swt naungi melainkan naunganNya, di antaranya ialah "......seseorang yang mengingat Allah di saat menyendiri lalu kedua matanya menitiskan air mata." 
(HR : Bukhari & Muslim)

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

24 comments

Write comments
Farid Adam
AUTHOR
November 6, 2013 at 10:36 AM delete

Tak termasuk mata yang menangis kerana tengok cerita hindustan dan sinetron :-)

Reply
avatar
November 6, 2013 at 11:19 AM delete

suka baca entri ni mselim, alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian...

Reply
avatar
surihati
AUTHOR
November 6, 2013 at 11:26 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Zam
AUTHOR
November 6, 2013 at 11:57 AM delete

Salam Mselim.. Zam ada terbaca komen Mselim kat blog kak mia sall feed blogspot.. Mcm mn ae nak betulkan feed tu? boleh berikan tunjuk ajar? blog Zam bermasalah lah

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
November 6, 2013 at 1:07 PM delete

assalamualaikum mselim.. ilmu Fiza untuk hari Rabu nie.. terima kasih..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 6, 2013 at 1:13 PM delete

Good One en. mselim..

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
November 6, 2013 at 1:43 PM delete

mata niesa sll je bocor nih..kdg2 tgk org menang pun niesa plak yg terharu..whahaha

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 6, 2013 at 1:50 PM delete

perkongsian yg sngat menarik. thanks ^^

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
November 6, 2013 at 3:54 PM delete

Assalammualaikum..farid adam,

mata menangis hidustan..hehehe..

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
November 6, 2013 at 3:55 PM delete

Assalammualaikum...farah,

terima kasih suka baca di sini...

mselim3

Reply
avatar
November 6, 2013 at 4:01 PM delete

nilai gadaian untuk terlepas dari api neraka begitu mahal sekali...dua jenis air mata ini sukar sekali untuk diberi...tapi kita perlu usaha..usaha...dan usaha lagi

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
November 6, 2013 at 4:15 PM delete

Assalammualaikum...zam ,

tadi mselim3 dah visit zam dan dah bg link cara nak betulkan... harap2 zam berjaya k..

mselim3

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 6, 2013 at 6:21 PM delete

perkongsian yg bermakna
moga kita snetiasa menitiskan airmata mengenangkanNya
klo tgk drama sedih, air mata laju je nak turun

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2013 at 8:10 PM delete

berkesan di hati ..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
November 6, 2013 at 8:42 PM delete

Salam mselim3,
Mata anugerah allah yg tidak terrnilai... Ia perlu di jaga sebaiknya, baik gunanya besar pahalanya tapi salah gunanya, buruk padahnya.

Reply
avatar
iskandarX
AUTHOR
November 6, 2013 at 8:57 PM delete

Assalammualaikum Mselim3, insyaallah selepas ini lillahitaala kalau is menagis.

cuit inti satu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2013 at 9:57 PM delete

jgn duk menangis tgok Af sudah la

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
November 7, 2013 at 12:43 AM delete

T kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 7, 2013 at 8:54 AM delete

utk kita yg susah nak menangis kerana takutkan Allah, kita buat2 menangis dulu. fikirkan tentang Allah, ttg nikmatNya, tentang PemurahNya dll. harapannya suatu hari nnti kita akan betul2 menangis kerana takut dan syukur kita kpd Allah

Reply
avatar
lynmunir
AUTHOR
November 7, 2013 at 6:55 PM delete

Perkongsian yang sangat mengesankan hati. Terima kasih admin.

Reply
avatar
PCL
AUTHOR
November 7, 2013 at 9:15 PM delete

adakalanya tika terlampau ngatuk dan mrnguap pon keluar air mata... ini selingan saja. terima kasih dgn perkongsian yg bagus ini.

Reply
avatar
ERAZ FADLI
AUTHOR
November 8, 2013 at 10:58 AM delete

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Ini satu perkongsian yang menarik untuk semua..

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
November 8, 2013 at 3:12 PM delete

Dosa mata ni, adalah antara dosa yang sukar dielakkan zaman sekarang ni. Sana-sini ada je perkara yang boleh merangsang nafsu. Moga dijauhkan dari api neraka hendaknya.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon