5 Sebab Kenapa Hati Menjadi Keras

kenapa-keras-hati


Pernahkan kita membaca dan mendengar tentang perihal hati ini. Tahukah kita apa itu hati sebenarnya. Kalau kita bercakap seseorang itu mempunyai akhlak yang baik kita menyebut dia itu baik hati. Tetapi bagaimana dengan seseorang yang buruk akhlaknya mestilah kekadang orang berkata dia itu busuk hati. Sehinggakan ada bait-bait lagu itu dicipta berkenaan dengan hati : 



Pandangan mata selalu menipu, 
Pandangan akal selalu tersalah, 
Pandangan nafsu selalu melulu, 
Pandangan hati itulah hakiki kalau hati itu bersih. 

Nabi Muhamad saw bersabda: 
"Ketahui sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging maka jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosaklah jualah keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Sekarang mari kita lihat dan selidiki tentang hati. Hati adalah sumber kebahagian setiap insan yang ada di muka bumi ini. Daripada Abu Hurairah ra: "Hati adalah raja,sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baiklah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruklah pula tenteranya. 


Hati yang keras mempunyai tanda-tandanya yang boleh dikenali diantaranya : 



1- Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan. 

Terlalu malas untuk melakukan ibadah dan memandang ringan. Misalnya tidak serius melakukan solat,terasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain. Perkara ini ada Allah sebutkan dalam firman-Nya: 


surah-at-taubah-ayat-54

Maksudnya : Mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak pula menafkahkan harta mereka melainkan dengan rasa enggan. (surah taubat ayat 54)


2- Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran. 

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali tidak mahu khusyuk dan tawaduk dan lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkan al-Quran. Sedangkan Allah swt telah memberikan amaran dalam firman-Nya : 

surah-al-qaf-ayat-45

Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
(surah al-Qaf ayat 45)

3- Berlebih-lebihan dalam mencintai dunia dan melupakan akhirat. 

Segala tumpuan fikiran dan hatinya semata-mata hanya untuk dunia tanpa memikirkan bekalan untuk kehidupan semata-mata. Urusan sesama manusia hanya semata-mata untuk keuntungan atau mengumpulkan kekayaan dunia semata-mata yang mana menjadikan seseorang itu menjadi ego,dengki, dan individualistik, bakhil serta tamak terhadap kekayaan dunia yang hanya sementara ini. 


4- Kurang mengagungkan Allah berbanding mengagungkan makhluk. 

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati dalam mengejar rahmat Allah dan imannya. Sehingga hilang kemanisan iman , tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan serta tidak mengamalkan amal makruf serta tidak memperdulikan terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 

5- Tidak belajar dengan Ayat Kauniah.
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian,sakit,bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat seperti firman Allah : 


surah-at-taubah-ayat-126

Maksudnya :
Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?
(surah At-Taubah ayat 126)

Perihal hati ini ada juga disebutkan di dalam kisah Luqman al-Hakim . Marilah pula kita sama-sama baca kisah Luqman al-Hakim <klik Sini>


Sumber : SahabatMusleem
Previous
Next Post »

23 comments

Write comments
BinMuhammad
AUTHOR
October 11, 2013 at 3:52 PM delete

Salam Jumaat sahabat,
Takut jika hati ini menjadi keras... Semoga dijauhkan dan sentiasa mendapat petunjuk agar tidak keras hati.

Selamat bercuti maselim3 :)

Reply
avatar
Kak iman
AUTHOR
October 11, 2013 at 4:08 PM delete

iman baru lepas mrh2 ni

Reply
avatar
October 11, 2013 at 4:10 PM delete

alhamdulilah terima kasih peringatannya :)

Reply
avatar
ayuzan
AUTHOR
October 11, 2013 at 4:11 PM delete

huhu.. kena jaga 'raja' ni.. nice sharing..

Reply
avatar
gnesop
AUTHOR
October 11, 2013 at 4:20 PM delete

moga hati kita sentiasa lembut. amin

Reply
avatar
October 11, 2013 at 4:44 PM delete

Salam

Terima kasih Tuan Mselim..peringatan untuk hati saya yang sering alfa.

Reply
avatar
Syazana Zainn
AUTHOR
October 11, 2013 at 4:53 PM delete

Masih sedang mencuba melembutkan hati
Kadang2 biasalahkan manusia
Kejap ingat kejap tak ingat huhu


p/s: btw yg awak tny tu bukan coconut shake, tp coconut ice-cream :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 11, 2013 at 5:35 PM delete

alhamdulillah nice sharing mselim
dlm proses melembutkan hati jgk ni
moga dipermudahkn segalanya

Reply
avatar
sitirohaida
AUTHOR
October 11, 2013 at 5:41 PM delete

thanks mselim atas perkongsian nie

Reply
avatar
CD
AUTHOR
October 11, 2013 at 5:42 PM delete

salam jumaat bro :) insyaAllah kalau mulut selalu basah dengan kalimah agungNYa, hati menjadi lembut..

Reply
avatar
TelingaBulat
AUTHOR
October 11, 2013 at 5:50 PM delete

time kasih mengingatkan ;)

Reply
avatar
October 11, 2013 at 6:05 PM delete

ya allah adakah aku tergolong dalam golongan tersebut? jauhkanlah mama dari mempunyai hati sebegini, mama berusaha untuk mensucikan hati...

peringatan yang baik...

Reply
avatar
kuchalana
AUTHOR
October 11, 2013 at 7:04 PM delete

jangan kita jadi keras hati...insyallah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 11, 2013 at 7:30 PM delete

selalu memujuk hati agar mendoakan kebaikan kpd org yg menyakiti ...

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
October 12, 2013 at 10:13 AM delete

semoga kita dijauhkan daripada memperoleh hati seperti ini, diharapkan hati ika juga sentiasa dilentur dengan ayat alquran, perbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Terima kasih atas perkongsian ni mselim3.
bermanfaat untuk ika dan yang lain-lain

Reply
avatar
Siti.Han
AUTHOR
October 12, 2013 at 8:25 PM delete

Salam, bagaimana merawat hati yang keras? takut juga tergolong dalam manusia yang berhati keras ni.

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
October 13, 2013 at 3:26 PM delete

Trima kasih buat artikelnya, Saya telah menambahkan link Anda ini di web saya pada barisan link sahabat... silahkan Anda Check http://mtsahliyah1.blogspot.com, dan mohon masukkan link saya kembali. Trims :)

Reply
avatar
NM03
AUTHOR
October 14, 2013 at 10:47 AM delete

salam kenal. singgah sini terus follow. jom, kalu sudi singgah dan follow teratak kite jugak. maceh... >_<

Reply
avatar
M@W@R Q@SeH
AUTHOR
October 17, 2013 at 10:49 AM delete

nice sharing...jagalah hati sebaik2nya...

Reply
avatar
Montana
AUTHOR
October 17, 2013 at 2:33 PM delete

terima kasih atas perkongsian ;-)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 17, 2013 at 4:08 PM delete

nauzubillahiminzalik.. mintadijauhkan kita dan keturunan kita dari keras hati ni. amin..

Reply
avatar
June 17, 2014 at 11:24 AM delete

bila dibaca ulang-ulang...terasa insaf.terima kasih

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon