Ibadah tawaf terbahagi kepada dua iaitu tawaf wajib dan tawaf sunat. Bagi orang yang mengerjakan kedua-duanya disunatkan supaya mereka solat sunat dua (2) rakaat apabila selesai tujuh (7) kali mengelilingi Kaabah.
Solat sunat ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja di sisi Kaabah tetapi sebaik-baiknya ialah di Makam Nabi Ibrahim atau di Hijir Ismail.Lafaz niatnya :
"Sahaja aku solat sunat tawaf dua (2) rakaat kerana Allah taala."
Selapas baca Surah al-Fatihah :
Rakaat pertama - baca surah Al-Kafirun
Rakaat kedua - baca surah Al-Ikhlas.
Sesudah salam, bacalah doa ini :
Maksudnya :
Ya Allah Ya Tuhanku,"Sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang teguh dihatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan aku memohon keredhaanMu dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku. Engkaulah yang menolongku di dunia dan akhirat , maka matikanlah daku di dalam islam, dan himpunkanlah daku beserta orang-orang yang soleh.
Ya Allah Ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat mulia (dosa) melainkan Engkau ampunkan . Janganlah Engkau biarkan kesdihan hati dikalangan kami melainkan Engkau menghilangkannya dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan.
Mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkan dada kami terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan. Ya Allah Ya Tuhan , matikanlah kami dalam islam dan hidupkanlah kami dalam islam dan sertakan kami bersama-sama orang orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana."
Jika berpeluang dan mempunyai masa pergilah berdiri di pintu Kaabah yakni tempat yang bernama Multazam dimana tidak di tolak permohonan hambannya yang berdoa di sini. Berdoalah dengan doa ini :
Maksudnya :
"Ya Allah , Ya Tuhan yang mempunyai Bait al-Atiq (Baitulah) , merdekakanlah diri-diri kami diri-diri ibu bapa kami, saudara-saudara kami dan anak pinak kami daripada neraka. Ya Allah yang mempunyai kemewahan kemurahan, kelebihan pemberian dan belas kasihan, Ya Allah, banyakkanlah akibat baik dalam segala urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab neraka.
Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan anak hambaMu, berdiri dihadapan pintuMu, merendahkan diri di hadapanMu dan takutkan azabMu. Wahai Tuhan yang qadim dalam berbuat kebajikan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu supaya Engkau muliakan sebutan namaku,gugurkan dosaku,bersihkan hati, terangkan kuburku, ampunkanlah dosa-dosaku dan aku bermohon kepadaMu darjat-darjat yang tinggi di dalam syurga, Amin ."
Sumber :
Buku "Solat-Solat Sunat"
Halaman 58-61
11 comments
Write commentsteringin nak pergi ke sana, bila laa agaknya :)
Replyterima kasih mselim3 atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni~
macam mana pula adab2 kita semasa di mekah? apa yang kita boleh buat, dan apa yang kita tak boleh buat di sana?
nice sharing.. :)
Replymselim..bilalah kita dijemput untuk menjadi tetamu Allah...teringin rasa nak menjejakkan kaki ke sana..
Replygood sharing
ReplyTq sharing...
Replyseronoknya kalau dapat menjadi tetamu Allah, mudah-mudahan diberi kekuatan untuk melakukan pelbagai ibadah nanti sama ada sunat atau wajib.
Replynice sharing mselim
Replysumber maklumat yg berinformasi buat mereka yg bakal mengerjakn haji n umrah
Salam mselim3
ReplySemoga tercapai impian utk ke Mekah. Banyak dugaan jemaah haji tahunini, semoga segala urusan mereka dpermudahkan dan beroleh haji mabrur...Insyaallah.
Assalammualaikum...terima kasih bebanyak kepada kekawan yg visit mselim3 di sini.
Replymselim3
Assalammualaikum...afiqah,
Replysebenarnya perkongsian ini adalah tentang cara menunaikan solat sunat tawaf di mekah.. insaallah untuk pasal adab2 ketika di sana dan apa yg perlu dibuat akan mselim3 kongsikan next entry k...
mselim3
Assalamualaikum.. belum ada rezki lagi untuk ke sana.. terima kasih atas perkongsian..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon