kekuatan Iman Bilal bin Rabah- Hamba Yang Mula-Mula Memeluk Islam


Dalam sejarah telah diceritaka bahawa ada seorang hamba yang bernama Bilal bin Rabah, ia adalah seorang hamba dari pemuka bangsa quraisy iaitu Umaiyah bin Khalaf. 


Pada suatu saat ketika Umaiyah sedang berada di tempat urusannya menghirup udara pagi yang nyaman. Tiba-tiba ada seorang yang datang kepada Umaiyah menceritakan keadaan Bilal telah berpindah agama iaitu menganut agama islam. Setelah mendengar khabar itu dengan hati yang dendam dan marah, umaiyah kembali ke rumahnya seakan-akan tidak tahu apa yang harus dilakukannya kerana sangat marah. 

Kemudian Umaiyah memanggil Bilal dan bilal pun datang dan berdiri dihadapan Umaiyah dengan agak takut. Dengan nada marah Umaiyah berkata kepada Bilal :"Hai Bilal jangan engkau bersembunyi terus teranglah apakah benar engaku telah berpindah agama dan telah meninggalkan Tuhanmu Latta dan Uzza?" 

Bilal dengan tenang menjawab: Bila tuan telah mendengar bahawa aku sering datang ke rumah Muhammad, sekarang aku telah mengakui bahawa Muhammad adalah Rasul Allah dan aku beriman kepada ajarannya yang murni iaitu agama islam." 

Lalu Umaiyah berkata :"Tidakkah engkau tahu, bahawa engkau adalah hamba belianku, engkau adalah barang kepunyaanku. Aku lebih berhak terhadap apa-apa yang aku lakukan terhadap dirimu." 

Kemudian Bilal menjawab :"Tuanku, itu semua aku akui dan sekarang kalau tuan perintahkan aku buat apa sahaja akan aku lakukankan. Akan tetapi akal dan fikiranku , keimanan dan kepercayaanku itu adalah bukan hak tuan dan bukan termasuk barang yang tuan beli dariku. Keimanan dan keislamanku sesungguhnya tidak akan mengurangi akan kerja dan tugasku terhadap tuan." 

Mendengar jawapan demikian, bertambah marahlah Umaiyah lalu ia melompat dan mencekik leher Bilal dan kedua tangan dan kakinya diikat. Ia dipanggil anak-anak yang nakal dan memperolok-olok dan melempari Bilal dengan batu. Lalu Umaiyah meninggalkan Bilal dalam keadaan terseksa. 

Kemudian Siangnya Umaiyah datang kembali menyeksa Bilal dengan seksa yang sangat berat, sehingga tubuh bilal lebam dan berdarah dipenuhi luka. 

Akan tetapi sekalipun bagaimana terseksa, pahit dan jerih Bilal tetap dengan pendiriannya yang kukuh dan keimanan dan keislamannya tidak merasa sakit dan gementar sekali-kali ini kerana kekuatan iman yang begitu tinggi di dalam hati dan jiwa Bilal. 

Melihat keadaan Bilal yang mengerikan itu, kemudian Umaiyah berkata :"Wahai Bilal sekarang pilihanmu apakah kalau tetap dalam pendirianmu atau kembali menyembah Latta atau Uzza."

Dengan pandangan mata yang tajam dan bersinar, seakan-akan menentang sekalipun sampai mati, Bilal menjawab:"Wahai Umaiyah , pantang bagi diriku untuk mengubah ketetapan agama dalam hatiku sekalipun anak panah beracun tembus menembusi dadaku atau dipancung kepalaku." 

Di saat-saat yang sedang kritikal itu, bibir Bilal tidak lepas berkata:"Ahad,Ahad,Ahad mengesahkan bahawa tiada ada tuhan selain Allah yang Maha Esa. 

Ketika matahari mulai menampakkan diri, sinarnya semakin terik semakin panas sehingga membakar padang pasir yang sudah memang kering itu. Kemudian Umaiyah membaringkan Bilal di tengah-tengah padang pasir itu tanpa seurat benang sambil tubuhnya dihimpit dengan batu besar sehingga Bilal tidak dapat bergerak sedikit pun. Namun bibir Bilal mengucapkan: "Ahad,Ahad,Ahad.... Dialah Tuhanku yang aku sembah, Dialah Tuhanku Allah yang Aku Sembah, Dialah Tuhanku untuk memohon perlindungan dari seksa pedih yang menimpaku. Dialah yang telah mengutus Nabi Muhamad saw sebagai utusannya yang memberi petunjuk dan kepercayaan, aku ikuti jejak langkah beliau sekalipun azab dan seksa yang berat terpaksa aku tanggung."

Dari hari ke hari semakin berat seksaan Bilal. Namun Bilal tetap dan keimaman dan pendiriannya kepada Allah swt. 

Pada suatu hari ketika Umaiyah sedang menyeksa Bilal, lalu Saidina Abu Bakar menghampiri Umaiyah dan melihat penyeksaan ke atas Bilal sehingga mengundang sebak di hati Saidina Abu Bakar. 

Saidina Abu Bakar as berkata :"Wahai Umaiyah apakah engkau tidak mempunyai perasaan belas ikhsan melihat hambamu itu dan apakah dosa yang telah dia perbuat sehingga diperlakukan sedemikian?" 

Dijawab dengan sombong dan angkuh oleh Umaiyah :"Wahai Abu Bakar ini adalah hambaku dia milikku dan semua bergantung pada kehendakku." Kalau kau merasa kesian dan sedih padanya silalah engkau beli, dan engkau bebaskannya.

Mendengar ucapan Umaiyah yang sombong dan angkuh itu, Abu Bakar tersentap hatinya untuk membeli dan membebaskan Bilal dari tangan Umaiyah. 

Kesempatan itu, tidak disia-siakan oleh Abu Bakar as , Bilal dibeli dan dibebaskan dari tangan Umaiyah. Abu bakar as berkata:"Mulai hari ini wahai Umaiyah engkau tidak mempunyai hak keatasnya apa-apa lagi saat ini Bilal aku bebaskan (merdeka). 

Abu Bakar berkata:"Wahai Bilal , pada hari ini aku merdekakan engkau dari tangan Umaiyah, sesungguhnya aku berbuat ini semuanya semata-mata kerana Allah Tuhan kita." 

Demikianlah pertolongan Allah swt atas kebaikan Abu Bakar maka Bilal terlepas dari Umaiyah dan dapat menghirup udara segar. Bilal bin Rabah wafat pada usianya 60 tahun bersamaan 20H. Beliau dimakamkan di Kota Damsyik. 

Sumber : 
Buku "Kisah Motivasi Untuk Hidup Bertakwa" 
Halaman 305-309
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
July 22, 2013 at 3:31 PM delete

iman teringt kisah bilal sbb dia xkn berpaling pada agama islam sehingga batu besar diletakkan diatas bdn dia.satu lagi bilal org pertama yg azan kan

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
July 22, 2013 at 3:52 PM delete

Assalammualaikum...budak kampung,

benar sekali .. bilal bin rabah adalah merupakan orang yang pertama yang memeluk islam dikalangan hamba. beliau juga merupakan bilal (tukang azan islam yang pertama). Ketabahan bilal bin rabah sangat2 mengkagumkan...bukan sahaja dari segi keperibadiannya tetapi suara bilal jugak dipuji oleh rasullulah saw tentang kemerduannya...

mselim3

Reply
avatar
krole
AUTHOR
July 22, 2013 at 4:42 PM delete

Ya Allah...kuatkan keimanan dan pegangan bilal bin rabah walau diseksa sebgitu sekali namun jihadnya tetap utuh...bgitulh kalau Allah hendak membantu/memberi rezki...bermacam2 cara ia akan datang kepada kta~ terima kasih untuk perkongsian bro mselim..dpt juga krole tambah ilmu ni~

p/s : da jumpa shoutbox krole kat sidebar ruangan official owner tu?

Reply
avatar
SentiasaPanas
AUTHOR
July 22, 2013 at 7:19 PM delete

Semoga akan ramai lagi Bilal di zaman moden kita yang dah terlalu rosak ni..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon