Nabi Khidhir bocorkan perahu, bunuh seorang anak yang masih remaja dan mendirikan tembok.....

kisahnabimusadankhidir

Dalam Surah Al-Kahfi juga terdapat kisah pertemuan Nabi Musa a.s dengan seorang hamba Allah yang diberi ilmu ghaib atau kasyaf oleh Allah hingga beliau mengetahui ilmu Allah yang akan datang.Kisah pertemuan dan pengalaman Nabi Musa dengan Khidhir ini disebut dalam ayat-ayat 65 hingga 82, mulai dari pertemuan mereka hingga mereka berpisah.

Allah tidak menamakan hamba-Nya yang khasaf itu, tetapi para ahli tafsir menyatakan bahawa hamba Allah yang diberikan kelebihan mengetahui ilmu Allah itu ialah Khidhir ( sesetengah ulama menamakannya Nabi Khidhir ) .

Nabi Musa diizinkan mengikuti perjalanan Nabi Khidhir sesudah baginda berjanji tidak akan menyoal apa pun yang dilakukan Nabi khidhir sepanjang perjalanan itu kelak. Tetapi di tengah-tengah jalan, hal-hal yang amat ganjil telah dilakukan oleh Nabi Khidhir hingga memaksa Nabi Musa a.s menyoal malah mencabar perbuatannya.

Perbuatan ganjil Nabi Khidhir :

1- Membocorkan sebuah perahu hingga perahu itu tenggelam.

2- Membunuh seorang anak yang masih remaja.

3- Menegakkan semula tembok sebuah bangunan yang hampir roboh.

Kerana tidak sabar melihat keganjilan itu berlakulah pertengkaran kecil di antara Nabi Musa dengan Nabi Khidhir. Akhirnya segala perbuatan ganjilnya itu diterangkan oleh Nabi Khidhir satu persatu.
Kata Nabi Khidhir ....

1- Perahu yang dirosakkan itu ialah untuk melindungi nelayan di kampung itu dari kezaliman seorang raja yang suka merampas perahu rakyatnya kemana baginda pergi . Kerana perahu itu telah dibocorkan sedikit oleh khidhir dan tidak boleh digunakan, perahu itu terselamat daripada dirampas oleh raja yang zalim.

2- Anak remaja yang dibunuhnya itu rupa-rupanya mempunyai ibubapa yang salih dan takwa. Tetapi anak itu apabila besar kelak nanti akan menjadi kafir dan durhaka. Ditakuti bahawa anak itu kelak memaksa ibu-bapanya menjadi kufur sepertinya. Maka Allah menggantikannya dengan anak lain yang lebih baik .

3- Adapun tembok senget yang ditegakkan semula itu dibawahnya tertanam harta yang diwarisi oleh dua anak yatim dari ayah mereka yang salih. Allah mahu harta itu ditemui sendiri oleh anak-anak itu sesudah mereka dewasa sebagai rahmat dari Tuhan mereka.
Akhirnya Nabi Khidhir berkata bahawa apa yang dilakukan itu semuanya bukan menurut kemahuannya sendiri, tetapi diperintahkan oleh Allah.

Kisah ini pun tidak lain melainkan bertujuan untuk menunjukkan adanya hamba Allah yang dikasihi oleh-Nya, seperti Nabi Khidhir, yang telah diberi oleh Allah ilmuNya hingga dia tahu apa yang berlaku pada masa hadapan dengan izin Allah.

Sesetengah ulama tafsir berkata Khidhir ini ialah seorang Nabi, tetapi ulama lain berkata ia adalah wali Allah. Bahkan Imam Nawawi dan IBnu Salah berpendapat Khidhir kekal hidup hingga ke hari kiamat.

Wassalam.............

Rujukan : Buku Siapa Wali? Susunan Mustaffa Suhaimi m/s 8
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Pka Rahim
AUTHOR
April 6, 2012 at 2:59 PM delete

nice entry.. terima kasih singgah blog pka :)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
April 6, 2012 at 3:39 PM delete

Sama2 ..saya mana yang boleh saya usahakan..utk ingatan kita bersama2

Reply
avatar
Khidhir
AUTHOR
June 10, 2012 at 5:18 PM delete

Perkongsian yang baik.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon