Kisah Karamah Abul Abbas Al Mursi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
kisahwaliallah2

Kisah Karamah Abul Abbas Al Mursi - Nama sebenarnya Sayid Ahmad bin Umar Al Ansari berasal dari Maghribi dan berhijrah ke Mesir dan menetap di Iskandariah. Beliau adalah seorang ahli kasyaf yang terkenal. Diriwayatkan oleh Imam Syarani bahawa Sayid Abul Abbas pernah dihidangkan dengan makanan oleh Sultan dengan niat untuk menguji karamahnya. Hidangan itu berupa dua ekor ayam. Ayam yang satu disembelih secara halal dan satu lagi dipulas lehernya. Kemudian kedua-duanya dimasak dan dihidangkan bersama.


Abul Abbas pun berkata kepada pelayan yang membawa makanan itu:"Angkatlah hidangan ini, kerana Allah telah mengharamkan bangkai. Jika ayam yang halal itu tidak bercampur dengan bangkai nescaya saya akan memakannya".

Pada suatu masa penduduk Iskandariah keluar berjaga-jaga bahawa ada musuh yang hendak menyerang Iskandariah. Abul Abbas berkata :"Semoga mereka tidak menyerang Iskandariah selama aku masih berada disini." Kenyataan Abul Abbas Al Mursi itu diizinkan Allah ini kerana Kota Iskandariah itu tidak diserang musuh sepanjang hayatnya.

Syeikh Hasan Al Adawi dalam kitabnya "Syahrul Burdah" berkata :"Bahawa aku pernah solat di belakang Abul Abbas . Katanya :"Aku lihat tubuhnya bercahaya hingga aku tidak dapat mempastikan kehadirannya dengan jelas."

Abul Abbas pernah berkata :"Selama 40 tahun aku tidak putus berjumpa dengan Rasulullah saw. Jika aku tidak dapat melihatnya aku merasa aku bukan lagi daripada umatnya."
Sayid Abul Abbas wafat pada tahun 686 H. Makamnya di Iskandariah dikunjungi oleh ramai orang setiap hari.

Daripada :
http://mselim3.blogspot.com

Terima kasih kerana membaca artikel  Kisah Karamah Abul Abbas Al Mursi ini .
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
February 18, 2016 at 4:00 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Semoga umat Islam dapat barakah darinya. Amiin

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon