Hindun Binti Utbah Pemakan Jantung Saidina Hamzah Yang Memeluk Islam- Tokoh kita kali ini adalah seorang wanita yang mempunyai kedudukan yang mulia di mata kaumnya. Samada ketika hidayah Allah belum sampai kepadanya dan setelah dia memeluk islam.
Dia bernama Hindun anak perempuan seorang pemimpin Quraisy , Utbah bin Rabiyah. Dia juga seorang isteri pemimpin Quraisy yang ternama , Abu Sufyan bin Harb, Dia adalah ibu kepada seorang pemimpin Bani Umaiyyah yang mahsyur, Muawiyah bin Abu Sufyan. Manakala Manakala ibunya merupakan wanita ternama yang mahsyur dalam kaumnya, Safiyah binti Umayah bin Harisah.
Disebutkan oleh Ibnu Abdil Bar berkata tentangnya, "Hindun binti Utbah ialah seorang wanita yang memiliki keperibadian dan kebesaran." Hal yang sama juga pernah dikatakan oleh ank lelakinya Muawiyah bin Abu Sufyan "Pada zaman jahiliyyah dia memiliki kemuliaan yang besar dan dalam islam ia memiliki berita yang mulia."
Sebagaimana halnya Umar bin Al-Khattab bersikap keras terhadap kaum muslimin sebelum islam. Kekerasan Hindun juga begitu terhadap kaum muslimin yang membuatkan dirinya mendapat gelaran "Wanita pemakan jantung."Keteguhan peribadinya ini telah menjadi keteguhan keperibadiannya terus bersinar setelah dia memeluk islam.
Jika kita buka lembaran masa lalunya , kadangkala kita temui kekejamannya lebih-lebih lagi ketika dia menuntut kematian saudara kandungnya Syibah dan ayahnya yang bernama Utbah yang mati di tangan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib.
Dia memerintahkan kepada hambanya agar membunuh Saidina Hamzah dengan memberikan ganjaran yang besar sehinggakan sahabat mendapat gelaran "Singa Allah" itu gugur sebagai syuhada. Doia kemudian membalas dendam dengan penuh kemarahannya.
Malah juga terbayang dihadapan mata , ketika dia membalas dendam ditempat terbunuhnya Saidina Hamzah dengan cara yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa. Perbuatannya menimbulkan kemarahan dan kepahitan dalam hati. Dia membelah dada Saidina Hamzah mengambil jantungnya, Saidina Hamzah.
Namun, rahmat Allah melebihi segalanya sehinggakan Hindun mendapat hidayah Allah apabila dia memeluk islam. Sebenarnya niat untuk memeluk islam telah terdetik tetapi dia takut dan bimbang kepada Rasulullah saw kerana dia telah memperlakukan jasad Saidina Hamzah (bapa saudara Rasulullah saw ) sedemikian rupa.
Ketika Fathul Makkah umat islam telah berjaya memasuki kota islam, suaminya Abu Sufyan mengatakan keislamannya sedangkan Hindun masih berfikir samada mahu memeluk islam atau tidak kerana rasa bersalah apa yang dia lakukan dahulu. Dia takut dibunuh apabila memeluk islam.
Tetapi ketika dia kali pertama menyaksikan kaum islam melakukan solat di sekitar Kaabah selepas penaklukan Kota Makkah hatinya telah tertarik kepada islam. Dia kemudian berkata:"Sesungguhnya aku ingin berbaiah kepada Muhammad" Kemudian ada seorang yang memberikan nasihat kepadanya, "Wahai Hindun pergilah kepada Muhammad berserta seorang lelaki daripada keluargamu yang akan menyertaimu."
Dia pun segera menghadap Umar bin Khattab, untuk meminta izin untuk menemui Rasulullah saw.
Ini memunjukkan keperibadian Hindun yang teguh memegang ajaran agama islam. Kesungguhan Hindun dalam islam kelihatan jelas sewaktu dia pulang ke rumah selepas selesai berbaiah kepada Rasulullah saw. Setibanya dia di rumah dia menjumpai satu patung pada tiang rumahnya dia tidak mahu melihatnya.
Kemudian dia menghampiri patung itu dengan marah lantas dia mengambil kapak dan memecahkan patung itu dengan perasaan yang marah sekali. Ia kerana cahaya hidayah yang kuat di dalam hatinya, Hindun.
Gambaran kisah ini dilukiskan ketika Hindun binti Utbah berada di antara wanita yang berbaiah sebagaimana di catatkan oleh Ibnu Saad dalam Tobaqat.
Hindun berkata :"Wahai Rasulullah saw segala puji kepunyaan Allah yang telah menenangkan agama yang dipilihNya agar aku mendapat manfaat daripada kasih sayangmu. Wahai Rasulullah aku adalah seorang wanita yang beriman kepada Allah dan membenarkan RasulNya.
Hindun kemudian menyatakan siapa dirinya yang sebenar dengan mengatakan,"Aku adalah Hindun bin Utbah . Wahai Rasulullah demi Allah dahulu tidak ada penghuni khemah di muka bumi ini yang lebih hina selain penghuni khemahmu, tetapi sekarang tidak ada penghuni khemahmu di muka bumi ini yang lebih aku sukai agar menjadi orang yang terhormat selain daripada khemahmu."
Rasulullah saw menjawab dengan membacakan ayat serta berbaiah dengan mereka. Setelah itu Hindun berkata :"Wahai Rasulullah apakah kami perlu berjabat tangan denganmu?"
Rasulullah saw menjawab :"Sesungguhnya aku tidak akan berjabat tangan dengan wanita . Perkataanku kepada 100 orang wanita sama seperti perkataanku kepada seorang wanita."
(HR.Malik, At-Tarmizi dan Nasai)
Islam mengajar umatnya kembali kepada kebenaran dan ini merupakan perkataan yang utama dan kebenaran yang hakiki. Hindun cuba merenung dan memikirkan perbuatannya pada zaman Jahiliyyah . Kemudian dia menyertai jihad bersama kaum muslimin.
Daripada : http://mselim3.blogspot.com
Terima kasih kerana membaca artikel Hindun Binti Utbah Pemakan Jantung Saidina Hamzah Yang Memeluk Islam ini .
19 comments
Write commentsAssalamualaikum Mselim, perkongsian yang sangat baik dan bermanfaat... Terima kasih...
Replybegitulah... hidayah itu milik Allah. Kita mampu berdoa
ReplyPintu hidayah dan taubat itu sentiasa terbuka dan Allah sentiasa menerimanya tidak kira apa jua kejahatan di masa silam. Sungguh indah dan mulianya agama Islam!
Replyassalammualaikum....terima kasih kongsi...lupa2 ingat dah pelajaran time sekolah agama
ReplyAssalammualaikum mSelim. Begitu la hidayah apabila menusuk ke dalam kalbu, yang pernah membenci apabila mengenal pasti bertukar sayang..:)
Replyasslamualaikum mselim
Replyhidayah itu milik Allah.terbuka sesiapa sahaja...terima kasih peringatannya
Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini
Assalamualaikum MSelim3... subhanallah walhamdulillah. Perkongsian yg bermanfaat buat renungan dan peringatan kita semua. T kasih.
ReplyIzin berkunjung gan, semoga kunjungan saya kali ini membawa berkah AMIIIN!!!
Replysalam mselim.... perkongsian ilmiah yang berguna ni... alhamdulillah...
Replypstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.
blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html
pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html
perkongsian yang sangat bermanfaat. semoga semua kita mendapat hidayah dan redha dari Allah
Replywaalaikummusalam.. farah,
Replyterima sudi visit mselim3 kat sini. Sama2..
mselim3
pls: dah lama tak visit kekawan2 ... nie.
Betul tu BM... pintu hidayah sentiasa terbuka kepada hamba-hambaNya yang bertaubat kepadaNya.
Replymselim3
Waalaikummusalam... MV,
Replysama2.. berkongsi..
pls: terima kasih sudi visit mselim3
waalaikummusalam... SP,
Replyhidayah itu milik Allah kan.. apabila hidayah telah menusuk kalbu pasti terasa kemanisan iman islam .
mselim3
waalaikummusalam... achik,
Replycuba nak vote .. sedih tak sempat.
mselim3
pls: tarikh tutup vote 21-2-16
terima kasih cik itah..
Replymselim3
waalaikummusalam... kak mialiana,
Replyterima kasih visit mselim3 kat sini.
mselim3
Insaallah ... terima kasih sahabat, sudi baca dan berkomentor.
Replymselim3
Waalaikummusalam... khirkhalid,
Replyterima kasih sudi berkunjung ke blog mselim3 nie..
mselim3
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon