Kisah Wali Allah Syeikh Syaqran Al Maghribi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kisah-Wali-Allah-Syeikh-Syaqran-Al-Maghribi

Kisah Wali Allah Syeikh Syaqran Al Maghribi- Syeikh Syaqran Al Maghribi nama sebenarnya Syeikh Syaqran bin Abdillah Al-Maghribi kerana terkenal di Maghribi dengan banyak karamahnya. Syeikh Zun-Nun Al-Misri pernah belajar dan menerima banyak ilmu daripadanya. Diriwayatkan bahawa Syeikh Zun-Nun Al-Misri telah mengembara dari Mesir ke Maghribi untuk menemuinya, Syeikh Zun-Nun Al-Misri pada ketika itu mengembara atau berkelana untuk menuntut ilmu. Tetapi sampai di rumah Syeikh Syaqran beliau diberitahu bahawa Syeikh Syaqran sedang beribadat dan hanya keluar selepas 40 hari selepas selesai beribadat. 


Syeikh Zun-Nun Al-Misri pun duduk menunggu sambil beribadat di luar rumahnya selama 40 hari juga. Sebaik selesai beribadat Syeikh Syaqran pun keluar lalu bertanya apa hajatnya Syeikh Zun-Nun datang ke tempatnya. Syeikh Zun-Nun datang semata-mata untuk menagih ilmunya Syeikh Syaqran.
Dikatakan bahawa Syeikh Syaqran telah meletakkan sehelai kertas di tangan Syeikh Zun-Nun yang tertulis amalan untuk munajat kepada Allah SWT. Syeikh Zun-Nun berasa sangat beruntung menerima ijazah daripada gurunya itu untuk diamalkan. Katanya :"Amalan itu menyebabkan setiap doaku dimakbulkan Allah SWT."

Dalam riwayat lain diceritakan bahawa ramai wanita ditempatnya telah mencuba untuk mengoda Syeikh Syaqran Al Maghribi ini kerana Syeikh Syaqran Al Maghribi adalah seorang yang tampan. Ada seorang wanita yang telah berjaya menangkap Syeikh Syaqran Al Maghribi di dalam sebuah bilik. Akan tetapi Syeikh Syaqran Al Maghribi berjaya melepaskan diri setelah beliau berdoa supaya Allah SWT mengubah wajahnya menjadi hodoh hingga wanita itu meninggalkan Syeikh Syaqran Al Maghribi.

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Wali Allah Syeikh Syaqran Al Maghribi ini .

Daripada :
http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
January 27, 2016 at 2:55 PM delete

Menjadi Wali Allah, setiap masa mendapat pertolongan dari Allah SWT.

Reply
avatar
raihanah
AUTHOR
January 27, 2016 at 4:46 PM delete

thanks untuk info ni tuan

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
January 27, 2016 at 4:50 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Sungguh luarbiasa insan-insan yang beriman.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 31, 2016 at 6:48 PM delete

Mulianya taraf seorang wali Allah

Reply
avatar
February 3, 2016 at 10:26 AM delete

Saya dah lanjutkan segmen saya sehingga 19Feb. Boleh join juga Tuan Selim. Mana tahu ada rezeki jadi 3 blogger bertuah.

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
February 12, 2016 at 11:52 AM delete

Assalamu'alaikum Mselim.. menarik cerita ni

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon