Masjid as-Sajadah sekarang ini masyur dengan nama Masjid Abi Zar, terletak di Jalan Lapangan Terbang dan jalan Abi Zhar iaitu dibelakang Masjid Nabawi menuju ke Uhud . Nisbah masjid ini kepada Abi Zhar ra tidak ada sejarah yang menyebut sebabnya. Adapun sebabnya dinamakan Masjid As-Sajadah ialah kerana Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan :"Pada suatu hari beliau melihat Rasulullah saw masuk ke dalam taman dan melakukan solat kemudian Rasulullah saw sujud begitu lama di dalam solatnya itu. Setelah itu aku merasa Allah SWT telah mengambil nyawa Rasulullah saw. Lantas aku merasa dukacita lantas aku menangis.
Setelah Rasulullah saw mengangkat kepalanya Rasulullah saw memanggilku dan bertanya:"Kenapa kamu menangis ? Apa yang mendukacitakan kamu?. Aku menjawab :"Wahai Rasulullah saw engkau telah sujud begitu lama sehingga aku menyangka Allah SWT telah mencabut rohmu lalu aku berasa dukacita kerana tidak dapat bersamamu lagi". Rasulullah saw memberitahu sujudnya itu adalah tanda syukurnya kepada Allah SWT dan dalam sujudnya Jibrail as telah datang membawa berita gembira bahawa sesiapa yang berselawat ke atas Baginda Rasulullah saw Allah SWT akan membalasnya dengan sepuluh kebajikan . (Imam Ahmad , Al-Musnad 3/130 No.1664 Al-Hakim , Al-Mustadrak 1/222.)
Menurut As-Samhudi masjid ini berkemungkinan dibina di tempat Rasulullah saw melakukan sujud yang panjang tersebut, Masjid ini telah diperbaharuhi binaannya pada tahun 2000M.
Terima kasih kerana membaca artikel Masjid As-Sajadah ini.
Daripada :
http://mselim3.blogspot.com
3 comments
Write commentsTerima kasih atas info yg dikongsikan. :-)
ReplySubahanallah info yang bagus .. terima kasih share :D
Replymari berselawat ke atas nabi di pagi dan petang hari
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon