بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Masjid Asy-Syajarah dalam bahasa Arab bererti pokok. Sementera pokok yang menjadi sebab penamaan masjid ini ialah pokok 'samurah' atau 'acacia' dikawasan Zulhulaifah. Ibnu Zubalah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw selalu duduk di bawah pokok ini apabila Baginda singgah disitu ketika dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji dan umrah.
Abu Hurairah ra pula meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersolat berdekatan dengan tiang di tengah Masjid Asy-Syajarah yang dibina di tempat asal pokok yang selalu diduduki oleh Baginda dibawahnya.
Masjid ini sekarang dikenali dengan Masjid Miqat Zulhulaifah atau Bir Ali. Ia dikenali juga dengan nama Masjid Al-Muhrim iaitu tempat berniat ihram haji atau umrah bagi penduduk Madinah dan mereka datang dari Madinah.
Daripada:
http://mselim3.blogspot.com
Terima kasih kerana membaca artikel Masjid Asy-Syajarah ini .
5 comments
Write commentsAssalammualaikum mSelim. Masih ada lagi masjid ni kan. Bertuah dapat solat didalamnya..
Replyuntung pokok tersebut jadi tempat persinggahan nabi :)
ReplyDi sini tempatnya Bir Ali. Azam nak pergi umrah. Harap dimudahkan.
Replyassalamualaikum. singgah petang. http://jmbelog.blogspot.my/
Replyterima kasih atas info ini mselim3
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon